“Mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari tempoh Januari hingga bulan lalu, seramai 741 pelajar dan 1,420 bukan pelajar berusia di bawah 18 tahun terbabit dengan pelbagai aktiviti jenayah.
“Selain itu, seramai 1,164 pelajar dan 1,877 bukan pelajar sudah ditangkap kerana terbabit dalam pelbagai aktiviti jenayah dalam tempoh sama. Keganasan di sekolah seperti buli, ‘gangsterisme’ dan pergaduhan sering dikaitkan dengan unsur negatif yang dipaparkan di dalam filem,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Sebelum ini, kajian MCPF bertajuk ‘Delinkuensi Juvana’ pada 2002 mendapati program televisyen mempunyai pengaruh besar terhadap remaja dan menunjukkan mereka mudah dipengaruhi media massa.
Di samping itu, hampir dua kali ganda sampel remaja memberitahu mereka terpengaruh dengan tingkah laku dan watak pelakon yang ditonton di televisyen dalam aspek perhubungan dan sikap dalam kehidupan.
Sehubungan itu, Lee mencadangkan filem bakal diterbitkan di negara ini perlu memberi perhatian khusus kepada unsur positif yang boleh mendidik remaja supaya menghayati kehidupan mereka.
No comments:
Post a Comment