Thursday 14 February 2013

bunuh diri di berjaya times square

hari ini dilaporkan di berjaya times square,berlaku kejadian bunuh diri. dipercayai mangsa yang bunuh diri adalah seorang gadis belasan tahun.Sumber mengatakan beliau membunuh diri ekoran daripada masalah percintaan. berkut sya menyediakan sdkit gambar yg berlku di sana.







sekian~

Monday 28 January 2013

sinopsi penyelembihan warga bosnia.


Merupakan perancang utama pembunuhan beramai-ramai mangsa perang Srebrenica1992-1995.

Mladic atau 'penyembelih rakyat Bosnia', membunuh lebih 100,000 penduduk tempatan termasuk 8,000 kanak-kanak dan lelaki.

Pembunuhan beramai-ramai itu adalah satu daripada proses pembersihan etnik oleh kumpulan nasionalis Serb dalam membentuk sebuah negara Serbia di Bosnia.

Ia juga merupakan kekejaman paling teruk di Eropah selepas Perang Dunia II.

Susulan kekejaman itu, satu operasi memburu Mladic dilakukan dan berterusan lebih 16 tahun.

Sepanjang tempoh berkenaan, Mladic dipercayai bersembunyi hingga kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan ganjaran lebih AS$5 juta (RM15.2 juta) kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya dalam tahun 2000.








Pengepungan Sarajevo

Tanggal 2 Mei 1992, sebulan selepas kemerdekaan Republik Bosnia, Mladic yang berjawatan sebagai Leftenan Kolonel Jeneral mengepung bandar Sarajevo.

Pasukan tentera Mladic kemudian menutup semua laluan masuk dan keluar dari bandar berkenaan termasuk bekalan air serta elektrik, selama empat tahun.

Maka bermulalah tempoh pengepungan paling lama dalam sejarah perang dunia moden iaitu Pengepungan Sarajevo.

Jurucakap aktivis mendedahkan, dalam tempoh itu askar Serb-Bosnia bebas menembak sesiapa sahaja serta melancarkan serangan bom dalam Sarajevo.

Lelaki tidak berhati perut itu sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Panglima Tentera Kedua Markas JNA di Sarajevo, enam hari selepas berjaya melancarkan misinya.

Dua tahun kemudian, Mladic dianugerahkan pangkat Kolonel Jeneral dan mandat mengetuai lebih 80,000 tentera.

Satu lagi serangan dilancarkan Mladic, kali ini di Srebrenica. Pada Julai 1995, wilayah Srebrenica dan Zepa diserbu dan mengusir lebih 40,000 penduduk. Seramai 8,300 orang Islam dibunuh kejam.

Pada November 1995, Hakim Mahkamah Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) di The Hague, Fuad Riad mendakwa, Mladic melakukan pembersihan etnik. Riad menganggap perbuatan Mladic sebagai 'perutusan dari neraka yang telah ditakdirkan dalam sejarah hitam manusia'.

Penguasaan pasukan rejim Mladic tidak bertahan lama apabila wilayah dalam kepungan mereka iaitu Croatia berjaya ditembusi pasukan ketenteraan Croatia.

Rentetan itu, Presiden Bosnia Serbia, Radovan Karadic menyalahkan Mladic sekali gus melucutkan jawatannya kerana menyebabkan Serbia hilang dua bandar dalam timur Bosnia.

Presiden Republikan Serbia Bosnia, Biljana Plavsic, turut memecat Mladic pada Ogos 1995.








Buruan antarabangsa

1995 - Tribunal jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di The Hague, mendakwa Mladic melakukan jenayah perang iaitu penghapusan etnik penduduk Islam Sarajevo dan Srebrenica.

2001 - Sejurus kejatuhan Presiden Serbia, Slobodam Milosevic, Mladic terpaksa hidup dalam persembunyian.Tibunal mendedahkan Mladic masih bersembunyi di Bosnia tetapi pihak berkuasa termasuk Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) Bosnia dan Serbia gagal mengesannya.

2011 - Walaupun menyamar dengan nama Milorad Komadic, Mladic berjaya ditahan di kediaman sepupunya di Lazarevo, utara wilayah Vojvodina, pada  Mei dan terus dihantar ke The Hague.
2012 - Mladic dibicarakan di bawah pertuduhan merancang jenayah perang ke atas rakyat Islam Bosnia dan Yugoslavia. Sepanjang tempoh perbicaraan, hakim terpaksa menangguhkan beberapa sesi selepas Mladic diserang angin ahmar sekali gus menyukarkannya untuk berkomunikasi.


Profil Ringkas

12 Mac 1942 - Mladic dilahirkan di selatan Bosnia. Bapanya seorang ahli politik komunis yang dibunuh pada 1945 oleh kumpulan tentera pro-Nazi Croatia Utasha.

1961 - Sewaktu berumur 19 tahun, Mladic mendapat latihan ketenteraan di Sekolah Industri Tentera di Zemun, Belgrade, sebelum melanjutkan pelajaran ke Akademi Tentera Kov.

1992 - Presiden Bosnia Serbia, Radovan Karadzic melantiknya sebagai Komander Tentera Bosnia-Serb.

1994 - Anak perempuannya, Ana membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri di Belgrade.

1995 - Tentera Mladic menawan keseluruhan Bosnia, selain berjaya mengepung Sarajevo selama 43 bulan. Lebih 8,000 penduduk Islam Bosnia termasuk lelaki dan kanak-kanak yang ditahan di timur Srebrenica dibunuh.

2010 - Demi mendapatkan hak pemilikan harta, keluarga Mladic terutama isterinya memfailkan kematiannya tetapi ditolak pihak kerajaan.

perubahan iklim 2..


Sekadar gambar hiasan.
Sekadar gambar hiasan.
Peningkatan suhu dunia pada masa ini dikaitkan dengan fenomena pemanasan global.

Sejak seabad lalu, purata suhu udara berhampiran permukaan bumi telah meningkat kurang satu darjah Celsius.

Angka itu mungkin kelihatan tidak terlalu tinggi, namun kesan pemanasan itu sebenarnya  mencetuskan bencana alam seperti ribut, banjir dan kebakaran hutan yang sering berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Data penyelidik kaji cuaca menunjukkan peningkatan satu darjah Celsius telah mengakibatkan bumi menjadi panas berbanding kira-kira seribu tahun lalu.

Pada tahun 2007, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) turut merekodkan 11 tahun terpanas sejak lebih 10 tahun lalu.

Dalam kajian lain menunjukkan, separuh tahun pertama pada 2010 juga mencatatkan suhu terpanas dalam sejarah.

Laporan Panel Antara Kerajaan untuk Perubahan Cuaca (IPCC) menyebut suhu permukaan global mungkin akan meningkat daripada 1.1 kepada 6.4 darjah Celsius pada abad ke-21 selepas bumi  semakin panas pada tahun 1990-an.

Hasil kajian tersebut juga mendapati iklim panas melampau turut melanda Perancis dan rantau Siberia serta Artik.

Saintis meramalkan seluruh kawasan Artik akan mencair pada akhir abad ke-21, sekali gus menyebabkan peningkatan secara mendadak paras laut mencecah tujuh meter.
Tetapi, bagaimana pengaruh trend ini akan mempengaruhi kejadian pemanasan global masih tidak jelas.

Kebanyakan pihak mendakwa punca utama fenomena yang semakin membimbangkan itu adalah disebabkan oleh kesan rumah hijau. 


Adakah perubahan iklim dan pemanasan global satu fenomena yang sama?

Secara ringkasnya, pemanasan global adalah PUNCA manakala perubahan iklim pula dianggap sebagai KESAN daripada proses tersebut.

Saintis sering memilih untuk memperkatakan tentang isu perubahan iklim berbanding pemanasan global kerana suhu tinggi global tidak menunjukkan ia akan menjadi panas di mana-mana lokasi di bumi.

Kesan pemanasan paling kuat telah dikenal pasti di kutub bumi, Artik dan Antartika.

Menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Amerika Syarikat, keadaan itu dijangka berterusan kerana sejak beberapa tahun lalu, suhu udara di Artik telah menurun kepada lima darjah Celsius (melebihi rekod normal).

Perubahan pola angin juga dikaitkan dengan kesan pemanasan di Artik yang dikatakan menjadi penyebab cuaca sejuk melampau di benua Eropah.

Iklim serantau turut menerima tempias daripada keadaan tersebut.

Sebagai contoh, beberapa kawasan seperti bahagian Eropah Utara atau Afrika Barat akan menjadi lembap manakala Mediterranean atau Afrika Tengah pula berkemungkinan kurang mengalami taburan hujan.
Namun, fenomena itu bukan semata-mata tentang bagaimana bumi menjadi panas, ia juga menerangkan bagaimana proses tersebut berlaku dengan cepat.

Perubahan iklim secara semula jadi dari Zaman Ais mula berkembang sejak 50,000 hingga 100,000 tahun lalu.

Pada masa lalu, perubahan iklim turut mencetuskan perubahan dalam pengeluaran tenaga matahari, kedudukan plat benua dan putaran paksi bumi.

Banyak tumbuhan dan haiwan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan iklim secara perlahan itu termasuk manusia yang berpindah tempat tinggal mengikut perubahan glasier.

Seluruh proses semula jadi ini telah terjejas akibat pemanasan sejak tiga dekad lalu.

Sejak 1980, suhu didakwa telah meningkat lebih cepat berbanding sebelum ini.  
Perubahan radikal tersebut sedang menuju ke arah kepupusan biodiversiti.
Kebanyakan tumbuhan tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dalam tempoh yang cepat.

Menurut penilaian terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 20 hingga 30 peratus daripada spesies flora dan fauna kini diancam kepupusan jika suhu panas Bumi meningkat antara 1.5 dan 2.5 darjah Celsius.
Malah bagi manusia, perubahan iklim kepada bumi lebih panas tidak akan menjadi satu peralihan yang lancar.

12 rantau di seluruh dunia bakal terjejas akibat perubahan iklim secara mendadak termasuk kutub utara, hutan hujan Amazon dan California.
Semua fakta yang diperoleh ini telah membawa saintis untuk membuat satu kesimpulan jelas bahawa pemanasan global yang sedang melanda bumi pada masa ini adalah bukan satu fenomena alam semula jadi.

Dunia nk kiamat??





Saintis Nasa memaklumkan rekod suhu 2012 didakwa mengukuhkan lagi corak pemanasan global.

Ia juga dicatatkan sebagai antara 10 tahun paling panas pernah direkodkan dan melebihi purata jangka panjang untuk tempoh lebih tiga dekad.

Rekod suhu yang dikumpulkan secara berasingan oleh Nasa dan Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA) mendapati permukaan suhu global meningkat kira-kira -17 darjah Celsius sejak tahun 1880.

Selain itu, rekod Nasa juga menunjukkan 2012 menjadi tahun kesembilan paling panas.

Pengarah NOAA, Tom Karl berkata, peningkatan suhu itu adalah disebabkan pembebasan gas karbon dioksida (CO2).

‘Bumi semakin hilang keseimbangan dan kami menjangkakan untuk beberapa dekad lagi suhu akan menjadi lebih panas,” katanya.


“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).”
Ayat 41, Surah Ar-Rum 



10 kesan akibat pemanasan global pada masa depan
  • Kawasan Great Barrier Reef mungkin akan musnah dalam tempoh 20 tahun. Ia akan menjadi ekosistem pertama dunia yang pupus jika paras karbon dioksida meningkat  antara tahun 2030 dan 2060.

  • Hutan hujan Amazon akan bertukar menjadi padang pasir jika kawasan hutan hujan tropika terbesar itu musnah akibat daripada pemanasan global. Kira-kira 30 hingga 60 peratus kawasan hutan yang menjadi habitat jutaan spesies flora dan fauna itu kini terancam.

  • Gurun Sahara mungkin ditumbuhi rumput berikutan peningkatan taburan hujan. Ia akan kembali menjadi kawasan sesuai untuk pertanian seperti kira-kira 12,000 tahun lalu.

  • Taufan akan menjadi lebih dahsyat. Pemanasan global juga boleh menyebabkan taufan kategori 5 dan paras air laut meningkat serta menyebabkan banjir terburuk di kawasan pesisir pantai.

  • London juga mungkin berisiko tenggelam menjelang tahun 2100 seperti kawasan dataran rendah.Peningkatan mendadak paras air laut meletakkan puluhan bandar termasuk New York turut terancam.

  • Haiwan mungkin akan mengecil akibat daripada kesan pemanasan global. Kajian saintis mendapati saiz haiwan ternakan di Scotland menjadi lebih kecil akibat cuaca panas.
  • Kira-kira 2,000 pulau di Indonesia juga akan musnah menjelang 2030, kesan daripada aktiviti perlombongan secara berleluasa. Pada masa ini, Indonesia telah kehilangan 24 daripada 17,500 pulau yang terdapat di negara itu.

  • Pemanasan global didakwa boleh meningkatkan aktiviti keganasan. Keadaan itu akan menjejaskan kestabilan negara miskin di seluruh dunia. Penduduk mungkin cenderung untuk melarikan diri dan menyebabkan tekanan kepada negara yang menerima kumpulan pelarian tersebut.

  • Kawasan di pergunungan juga terdedah akibat perubahan suhu. Saintis menjangkakan glasier itu akan mencair sepenuhnya antara tahun 2030 dan 2050.
  • Maldives juga berisiko untuk tenggelam berikutan dunia kini terancam dengan  hakisan pantai. Keadaan itu akan menyebabkan pulau tersebut menjadi semakin kecil dan ia dijangka tenggelam dalam tempoh seratus tahun.

Garis masa fenomena cuaca melampau 2012

JANUARI
Banjir, tanah runtuh landa tenggara Brazil, menyebabkan 13,000 penduduk terpaksa dipindahkan . Hujan berterusan di kawasan itu turut menjejaskan kira-kira dua juta penduduk.

50 kebakaran hutan dilaporkan di tengah dan selatan Chile. Ribuan orang terpaksa dipindahkan dan turut menyebabkan ratusan rumah musnah serta kerugian mencecah jutaan ringgit.

Cuaca sejuk melampau dan salji tebal berlaku selama tiga minggu di Eropah.

Lebih 650 nyawa terkorban terutamanya di Rusia, Ukraine dan Poland.


FEBRUARI
Benua Amerika Syarikat mengalami suhu panas semasa musim sejuk bermula Disember 2011 hingga Februari 2012.

Suhu direkodkan mencecah -16 darjah Celsius.

Banjir besar di barat daya Queensland dan utara New South Wales menyebabkan ribuan penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka.

10 juta penduduk termasuk lebih sejuta kanak-kanak di Sahel mengalami krisis makanan berikutan kawasan itu dilanda kemarau terburuk.

MAC
Laporan IPCC berhubung Iklim dan Cuaca Melampau yang ditulis oleh 220 pakar dari 62 negara mendapati perubahan iklim telah menyebabkan gelombang haba, suhu meningkat tinggi dan hujan berterusan di kebanyakan rantau sejak 50 tahun lalu.


APRIL
Kawasan di selatan dan barat daya Amerika Syarikat dilanda kemarau luar biasa.


MEI
Banjir menjejaskan lebih 11,000 penduduk Rwanda. Kira-kira 1,000 hektar kawasan pertanian turut ditenggelami banjir. Beberapa infrastruktur seperti sekolah, klinik perubatan dan jalan raya paling terjejas.

Kemarau terburuk yang melanda timur laut Brazil dalam tempoh 50 tahun telah menjejaskan lebih 1,100 bandar. Secara purata, berlaku satu kematian sehari akibat kemarau itu.


JUN
Kemarau dan haba panas telah menyebabkan kebakaran hutan di kawasan seluas 5.5 hektar di Amerika Syarikat. Menjelang akhir Jun, sebanyak 57 hutan di 15 negeri telah musnah terutamanya di Colarado. Lebih 700 rumah dilaporkan telah musnah dalam kebakaran itu.

Hujan lebat di China mengakibatkan kira-kira lima juta penduduk terpaksa dipindahkan. Sebanyak 67 kematian turut dicatatkan.


JULAI
Hujan lebat berterusan selama 16 jam berhampiran Beijing turut meragut 77 nyawa. Kira-kira 700,000 penduduk terpaksa dipindahkan dan 500 penerbangan dibatalkan. Pada akhir Julai, China sekali lagi dilanda hujan lebat yang mengakibatkan 18 orang maut.


OGOS
Kira-kira satu juta penduduk terjejas selepas hujan berterusan selama dua minggu menenggelamkan 50 peratus bandar Manila.

Taufan yang membadai timur China memusnahkan 60,000 rumah dan menyebabkan sekurang-kurangnya 23 terkorban.

Banjir kilat dan kejadian tanah runtuh di Bangladesh meragut 130 nyawa dan menjejaskan kira-kira satu juta penduduk.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bertindak mengawal virus West Nile yang menjadi wabak terbesar dalam sejarah di Amerika Syarikat(AS).

Menjelang minggu ketiga, sebanyak 1,118 kes pesakit dijangkiti virus itu dilaporkan di 47 negeri di AS. Ia turut menyebabkan 41 kematian.

Taufan Isaac membadai pantai teluk AS, kira-kira tujuh tahun selepas insiden taufan Katrina. Taufan kategori 1 itu turut menyebabkan hujan lebat melanda New Orleans.


SEPTEMBER
Paras ais Laut Artik mencatat rekod terendah sejak tahun 1979. Saintis memberitahu ais Artik mengecil kepada 3.41 kilometer persegi pada tahun lalu.


OKTOBER
Taufan Jelawat turut disenaraikan sebagai taufan terkuat yang membadai Pasifik Barat selepas Bolaven dan Sanba. Ketigatiga taufan itu telah membadai Jepun dan menyebabkan hujan lebat serta banjir di Semenanjung Korea.

Semenanjung Baja dibadai taufan Paul yang turut menyebabkan 1,000 rumah musnah. Banjir dan bekalan elektrik terputus turut menjejaskan 16,000 penduduk.

Selatan Australia mencatatkan purata taburan hujan terendah sejak tahun 1900.

Nigeria dilanda banjir terburuk selepas dua sungai terbesar negara itu, Niger dan Benue melimpah. Banjir yang bermula sejak Julai itu turut menyebabkan 363 maut, 2.2 juta hilang tempat tinggal dan kira-kira lapan juta penduduk terjejas.


NOVEMBER
Kawasan di timur Australia dilanda gelombang haba manakala tenggara dan tengah negara itu pula mengalami musim bunga yang luar biasa akibat fenomena itu.

Hujan lebat luar biasa menyebabkan banjir di seluruh Britain. Ia turut mengakibatkan kerugian sehingga 1.33 bilion pound (RM6.4 bilion).


DISEMBER
Pada 4 Disember, taufan Bopha menjadi ribut tropika terkuat yang membadai kepulauan Mindanao, Filipina. Angka kematian mencecah 902 orang dan lebih 600 hilang.


Sumber: www.tiki-toki.com

Friday 25 January 2013

aku dan jaga nepal

sedang syok2 gua berenang. then kwan bru gua budak nepal dia jdi jaga tmpt hostel gua. aq pun berborak dgn beliau

aku: ko dduk sini dh brapa lama?

nepal:dah satu tahun

aku:owhh. ko gaji ko brapa kat sini?/

nepal:RM1300.

aku: walaowehh. orang malaysia yang kerja kat kfc pun gji blum tentu dapat RM1300 mcm ko..pling2 top2 campur OT.. dapat RM1000


kesimpulanya.. inilah ngraku. rakyat dikeduakan,nepal diutamakan. kah3.. nasib2. oh my malaysia...