Sunday 22 April 2012

kisah Kawan2ku budak 5A 5B

hari ni aku nak cita skit pasal kwan2 aku lah,ttg jowg,character dn macam2. huhu

aku start dgn mmbr yg lelaki. hehe. okay. lt start.. haha

1.hafizhan

budak2 panggil dia PAK LANG,dia ni jenis cool arg,okay no poblm,sllu wat lawak,sllu KUTUK owg,haha,kalau dia bertmu dgn iddin jaslan dia jdi syaiton ni rjimm.hahah. dia ibarat tnduk sblh,iddin jsln tnduk sblh,wkaka. habis dia kutuk orang. haha. mmg claka. aq sllu jgk kna kutuk,tpi macha lah sllu kna kutuk,pandai2 ko lah jga diri dari kutuk dua ekor malaun ni. aq tk leh blah jowg pizan dgn dak iddin jowg cakap saidina ali main PS2 le,gila2 arg jowg punya lawak,hahah.tu dulu2 ar masa budak2.pizan2,idin2.. tapi jorang ni okayy,cool,steady..,haha. APABILA TAK BERTEMU JEW..hahahah..aq tringat dua owg ni main tinju kat blik kemhiran idup,adus mcm2. rindu gila korang.wkakak.

2.Iddin Jaslan

Dia ni sbnrya lembut orang dia,bukan mcm mak yah arg,dia lmbut mcm halif arg, tpi kadang2 jadi agresif jgak,dlu2 budak2 panggil dia mak nyah,wkakak..dak pizan tu le yang gelar dia mcm tu. haha. pizan2. huhu
tpi dia okay,baik,dia ni pandai geografi dn sjarah,haha. aq ada jgk dtg rumah dia bljo biologi,dia ajo aq,best dia ajo,cool. dia ska main basketball,aq ada main basketball dgn dia.dlu msa kecik2 aq mandi kolam ikan rumah dia dgn dia skli,wkaka.lpstu kita owg tpisah msa skolh rendah,tpi last2 skli kita owg jmpa msa skolah menengah.huhu. tuhan menemukan..huhu..

3.muhammad emirul

budak2 panggil dia macha,wkka. MACHArakat.. haha. dak asyraf main kutuk2..wkaka. dia ni lembut baik orangya,oky cool no poblem.. aq ska kawan dgn dia,dia ada janggut lebat,wkaka. dia dgr kata punya owg,huhu. tangan dia besar,badan tough,boleh lah,wkaka. dia klo main bola mmg lari laju gilaaa. tpi tk power sngat ar main bola,wkakak..dia ska subjek bio lau tk silap.hehe. pling sukar subjek sivik le.wkaka. dia ada motor kapcai,helmet putih,.dia ni sllu jadi mangsa kutuk mmbr,kadang2 nk bgaduh aq tgk kna kutuk dgn pizan,tpi dia oky.gaduh2 cmtu jela,budak2elaki lah,apa ada hal,lain le mcm pompuan skit punya hal bertahun dendam.. huhu


4.abd halif

budak2 ejek dia bugis,tpi dia tk suka owg pnggil dia cmtu,so aq pun tk pnggil dia cmtu.wkaka.dia baik,lemah lmbut,oky cool,mcm kwn2 yg lain. dia ni dulu gemuk gila,tpi sjak bila yew dia kurus,msa form 4 kot.wkaka.dia mmg budak paling kemas,bergaya. baju sntiasa bersih,rmbut terurus. 5 bintang utk dia.wkaka. dia ska sbujk kemhrn hidup.emmm..aq dgn dia ni,jrg bertngkar,gaduh,rasanya tkda kot,tpi aq ska kwn dgn dia. no pob. cool. kngan waktu skolah ialah bila dia kena sntuhan maut dgn aq,tjatuh dia,dak pizan lak kena tetek dia bengkak dia kata,wallahulam,btl ke pizan? mcm yeyew arg ko ni..

5.iskndar

budak2 pangil dia mat jep,tu nama bapak dia. wkaka. prnh skli jgkdak pizan pnggil oii mat jepp,walhal bapak dia ada skli kt situ.wkaka. msa tu nk ambil buku koku.dia jnis gila2 jgk arg,sllu wat lawak. huhu. dia pendek.wkaka.dia okay,cool,best kwn dgn dia. kngan aq dgn dia ialah aq kna wat psmbhan silat dgn dia,tk thu le msa aq berlatih dgn dia,tkda lak aq serius gila,main ktwa ag,tpi msa persmbhan btul2 tu,ntah mcm mana aq dan dia jadi serius,aq siku dia btul,tgajang betul siak,bapak dia.wkakakak..dia wat aq slow je.hahahahahha. kejam siak aq. wkaka.

6.teruna

dia jenis pendiam je,tpi leh tahn gak lawak dia,wkaka. dia mmg jenis pembersih,tahan lama,wkakak,dia punya beg aq rasa dia pakai dari form 1 hingga form5 kot tpi beg tu nmpk cam baru,wkaka, kasut pun sama,aq cukup heran mcm mana le tapak kasut dia tu still OKAY g,sdgkan dh 2 tahun dia pakai bai..dia mmg jaga barang,pdai menghargai barang,tgk motor dia sdh bai. putih,bersih.. bgus 5 bintang utk una dalam bab2 jga barang.huhu..kenangan dgn dia ? dia ni klo dah marah bahaya jgk arg.. tpi aq rasa dia le kot kwn aq yg aq tk pernh ada selish faham rasanya.. huhu.. mungkin lah.wkaka.

7.wan BONDING

budak2 panggil dia ular sawa,wkaka,cause dia tinggi,pnjang,kepala lak ada skit2 mcm bntuk ular argh.wkakaka.. dulu rambut dia kerinting ntah sjak dh rbonding ni jdi lurus lak,dia ni dlu kelas dari hujung kot,last skli msk kelast ptama,cikgu norhyati puji dia,jadikan dia sbgai contoh,wkakak.. poorah..ahahah.. kejam siot.. teringat kli msa dia botak,lpstu dia gosok2 kpla dia utk kumpul kulit momo,dia kumpul2 kt atas meja,geli aq.wkaka..dia ni okay,baik,lmh lembut,no pob.dia mmg pndai wat lawak jgk arg.gigi dia ada tk teratur skit.wkaka. blh depan,so far dia okay,aq ska kwn dgn dia. no pob. haha.

8.nazrin

budak2 panggil dia pak kadok,tk thu arg sjarah dia sngat.wkaka..dia ni pandai main bola sepak,mmg power. huhu. sama mcm dak wan jgk argh.dia punya favoutie sukan football.wkaka. budak2 cita psl bola,aq snyp je,cause aq tk mnt sngat bola msa tu. rumh pun tkda astro.wkakak.kenangan tkda kot,mngkin tk rapat sngat,dia rapat dgn dak iskandar je. tpi kita org still friend,dpnd dgn sapa kita rapat je.wkaka.

9.hakim

budak2 panggil dia mat joe,smpna nama bapak dia,dia ok lmh lmbut,baik,dia pndai berenang arg,huhu. dia tk pandai main bola,sllu jadi keeper atau bad.wkaka.gila2 jgk arg,wkaka. dia sllu accidnt,prnh msuk hospital patah kaki,patah tangan,huhu.ptah tengkuk je blm ag,wkaka mcm2 arg dia ni.wkaka. kenangan? pelik tgk dia berkawad sowg2 kat dlm kelas smbil tsym dgn payung,lpstu tiba2 jadi kuat angkat meja,wkaka. aq thu napa dia jadi cmni,cause dia tgh happy sngat2,psl masa ni dia tgh jatuh hati dgn bdk STPM. wkakakka

10.afif

budak2 panggil dia kencut,wkaka. dia baik,lmbh lmbut,okay arg. huhu. dia minat math jgk arg,dulu dia pendek,tpi dh tinggi skit arg,wkaka. kalah dak endah.wkaka. endah dh tk leh buli dia ag.wkakak.knangan?dia le satu2nya kwn aq yang aq prnh bergaduh,dn ada tumbuk mka dia skit,wkaka.caya tk form 1 hingga form 5,aq tk prnh gaduh2 dgn owg,dia je.wkaka. sng je,JAGA LIDAH. wkaka. tkkn ada owg nk gaduh dgn ko.wkaka.

11.kamarul

budak2 panggil dia renggo,renggo tu sbnrya seekor anjing australia kot,dak pizan le yg create this nickname.wkaka.dia okay,baik,lmh lmbut,kadang2 emotional skit.wkak. tpi dia oky,dia ni gajing jgk argh,dulu dia jadi pengawas kt skolah.wkaka. pengawas dgn rambut punk,berat2.. huhu. kenangan? tkda sngat kot,cause dia rapat dgn dak hakim joe je. mungkin haqim byk kngan.wkaka. yg aq thu dia suka adik dak azierah malik.wkaka

12.musalifah

budak2 panggil dia mus je,dia okay,baik,lemah lmbut,kwn2 aq ni sng cita smua okay lah,tkda msalah yg berat2 sngat.wkaka. dia otak geliga skit,main2 pun score tinggi,wkaka,yg tk mcm dia pun sibuk2 nk ikut,wkaka,last result keluar,hncur,dia power.wkaka. kenangan? emm tkda kot,cause dia lbh rapat dgn budak2 5 c mcm sudirman cmtu lah,klo main bola dia sllu jadi keeper.. wkak. muka dia byk jerawat.hehe

13.asyraf

budak2 panggil dia acap je la,huhu. dia okay,lmh lmbut,baik.prnh aq nk hntk dia dgn payung,wkak,ada lah stu prtiwa tu,tpi kita okay dah baik,dia leh ktan hensm jgak arg,PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI,wkaka.. asl putus je,msti ada awek baru muncul,dia mmg pro dalam mmkt awek,sapa nak bljo ilmu mmkat,sila sms ON KHIDMAT dn hantar ke no telfn dia. wkaka. knagn? pernah skli dia bergayut,dimana risiko utk jatuh 99 percnt,gila dak acap,wkaka,dia kna maki teruk dgn cikgu math,asyraf ni pun power math.

14.ecah

budak2 pnggil dia itik,wkaka.dia okay,lmh lmbut bgus,wkaka,dlu biasa2 jwe,skrang pehwet.wkaka. dh beso,dah pndai bgaya.wkaa. dia pakai crmn mata. wkaka.budak2 pompuan ni tk rapat sngat argh,so not byk exprience lah.wkaka. tpi msa aq ambil SPM dia duduk belakang aq.itu aq pasti.wkaka. lau dh hbs exm aq borak2 ar dgn dia.wkaka.ecah punya tulisan tegak,aq klo tgk tulisan dia,msti aq akan terikut,dak afif lak senget je tulisan dia blh kanan,wkaka,patut le... hehehe.

15.cika

budak2 pnggil dia ika,tu je kot,teringat dia bgi aq kitchen yang dlm dia ada siput2 ntah apa ntah,wkaka,lps dia bgi aq,aq bgi budak lain,wkaka. dulu dia biasa2 je muka,skrang pehweet cun gila tuh,wkaka.,anwy dia okay,lmh lmbut,baik, nk kata rapt tu tk sngat lah,dia lbh rapat dgn dak iskndr kot,huhu.prnh tjadi konflik smasa dirumah dia,aq dibaling tepung,wkakak,aq mngamuk. huhu. aq bersilat dgn sowg budak gmuk.wkaka.ntah sapa nama budk tu. hehe

16.atikah che ambi

dia ni leh dikatan budk pompuan pling rapat dn bengang dgn aq,cause aq ddk dpn sblh dia,wkaka,aq ska kasi dia bengang.wkaka. aq cakap sama dia,eh tiqah,klo ikut hukumm fizik,kalau gajah kejar kita,kita kena lari zit zag,cause gajah tu ada inertia,so susah klau dia mhu kjr kita klau kita lari scra zig zag,so klau ko kjar aq,aq kna lari zig zag.wkaka. satu lagi aq ckp sama dia,owg gmuk snang terapung,so kalau aq nk lmas,aq pgangn ko wat pelampung.wkaka. bengang je dia,dia ni pandai melukis,mmg talented tuhan bgi dia bakat melukis,aq msih simpn lgi lukisan dia buat utk aq.wkaka..msh ada lgi.huhu.dia ska tnya aq,cntik tk ziz lksan aq ni? aq straight ckp,ko nk aq ckp ikhls atau tk?lau ikhlas tk cntik,klau tk ikhls cntik.wkaka.dia ni okay,lmh lmbut,mcm mmbr2 gua yg lain

18.rabiatul,

rabiatul ni rapat jgk argh dgn aq cause ddk sblh je dia bai.huhu. tk byk sngat arg jgk pnglmn ngn dia,wkaka. tpi dia ni pndai add math lau tk silap,aq lau bab2 add math aq tnya dia,dia byk jasa tlong aq,wkak.dia ni tinggi,lbh tinggi dari aq.wkak. lau dia tumbuk aq,rasanya pecah muka aq kot.wkaka.dia klau tulis,msti buku tu bertanda dsbbkn dia tkkn sngat2 msa nk mnlis,sapai bertnda buku tu.wkaka.dia ni okay,lmh lmbut,baik orangya. mcm yang lain2

19.endah

endah ni bdk pompuan yg cntik,putih,rendah skit,wkaka. dia ni jenis kemas,bersih.5 bintang utk dia utk bahgina kekemsan,dia mcm halif,kemas bersih.bdk2 byk mnt dia kot,wkaka. suara dia tu kecik sangat,wkaka,ingat ag msa dia marah,wkaka,tk gerun langsung,kalau dak rabiatul marah,pehh bergegar jantung,wkaka.dia okay,lmh lmbut,baik orangya, kngan tk byk sngt kot,cause tk rpt sngat,dia rapt dgn izzatul,huhu. aq still ingat warna beg dia beransur2 tukar,coklat,hijau,hitam,bodyglove,topper.dia ni okay,lmh lmbut mcm kwn2 lain,baik orangya.wkaka

20.izzatul

aq panggil dia eton,wkaka,dia ni lawak gak arg,okay,lmh lmbut,baik orang dia,wkaka. tpi aq prnh wat dia marah,masa tu dia pakai baju uniform,tpi dia sorang je pakai,then aq ckp sama dia,aik ko sorang je pakai,then dia hempaskan buku then lari menangis.wkaka. msa tu form 1 kot,wkaka,dia skang dh lawa gamaknya,mata warna hijau cause pakai contact lens.wkaka.tk byk sngt kot pnglmn dgn dia,dia rapat dgn endah dn zehan

21. zehan

zehan ni aq ingatkan llki,cause nama ni mcm llki,rpya prompuan,wkak,dia ni okay,lmh lmbut,baik orang dia,wkaka,teringat msa hari apa ntah,yang budak2 skolah akan mniaga,dia nk blnja aq makan burger,tpi aq tk nak.wkaka. segan aq mkn duit pompuan.wkakakak.. dia ni pun agak kemas gak argh,boleh tahan 4 bintang utk tahap kkmsan.wkaka.

22.azierah

azierah ni dia jenis lasak sikit,wkaka,aktif dalam bersukan,smua sukan dia boleh main,wkaka,pernah msa form 1 kot dia tegajang kaki aq bengkak,wkaka,ganas betul ar minah ni,wkaka,dia msa tu penolong ktua tingktan dn aq ktua tingktan,wkakak.dia okey baik,lmbut skit argh,wkaak,yg pnting dia baik. huhu

24.yana othman

dia ni aq tk rapat sngat cause dia ni pendiam skit,huhu,tpi dia ni sbnrya lawak jgk,boleh lah kot,wkaka,

25.adira

dia ni pun speses yana gak,diam je,tpi dia ni pro dalam bidang sjrah kot,aq rasa argh,wkaka,dia diam2 ubi berisi. huhu

26.aiza

argh dia ni mmg baik,pandai dn tk berlagak,wkaka,bgus.. wkaka. dia ni jga kadang2 emo,biasalh COME MOON,wkaka,tpi dia ni lawak gak ar,sporting,bgus dia ni.huhu.dia ni lm lmbut baik orangya,biasanya dia jdi bahan kutuk2 bdk2 laki atau kacau,wkaka,bukan kutuk2 truk2 sngat lah,kutuk2 friendly punya,tkda mkan hati punya.biasa2 je. huhu. tu je kot.

27.atikah rashid

dia ni tk rapat sngat,tpi dia ni baik,lmh lmbut orangya,mcm2 kwn2 lain. huhu. dia ni diam2 ubi berisi.wkaka

28.intan

intan ni aq tk rapat sngat,dia ni ok,lmh lmbut,huhu. skang dia dh kurus eh,wkaka. dia ni agak garang jgk argh.itu je ko aq thu.wkaka..

29.dhamirah

dhamirah ni putih mcm patung lak aq tgk,wkaka,dia baik,oky,lemah lmbut.wkak. pernha skli dia mntk tlong aq bukak botol air minumn dia,aq pun bukak,then dia ucap tima kasih,aq ckp mana upahnya,wkaka,then dia marah aq.wkaka. lawak2

30.afiqah

afiqah ni pendiam kot,dia baik,lmh lmbut oky,prnh skli dia ingat aq kcik hati cause dia kta kt aq msa tu aq pngan sijil lbh kurang mksd dia,ala buang je la sjil ni tkda maknaya.wkaka. lps tu dia mntk maaf,pelik aq.wkaka. aq nk kecik ati.wkaka

31.ainur

i know,mcm dont know je.wkaka.dia ni okay,lmh lmbut baik orangya,tringat aq msa dia tukar ksut baru,then mat jep kata wahh ainur dah matang argh,dah maju cause ainur pakai kasut jenis mcm budak2 style rmja skrang.wkaka.cam clka je mat jep ni.wkaka.ainur mmg pandai dalm math,wkaka.sllu dia dpt markha tinggi math,tpi add math ada kurang skit.tpi power gak argh..

32.ain

ain ni pun okay,baik,lmh lmbut,wkaka. dia biasaya suka lepak dgn budak2 llki,wkaka,teringat msa dlu dia bawak minyak wangi ada alcohol skit arg so bau dia satu kelas bau,wkaka,ada yang suka bau tu,ada tak,aq suka,yang tk ska habs maki dak ain.wkaka. knagn



tu je kot,aq rasa.,lau ada ag mmbr 5a 5b aq tk sbut,gi tahu ar. awkaka. lau tkda mntk maaf yew.wkak. smga persbhtn kita kekal abadi inshallah. tpi sahabat yang sbnrya ialah al quran,cause msa kita kt kubur nnt dia akan jdi seowg pmuda dn akan tmn kita kt dlm kubur,hri ni kita boleh tulis kt fb this is  my best frend forever,tp didunia sahaj lah bai.wkaka. anwy smga kita berjmpa lagi,di dunia dan di syurga allah nnti yew. sama2 lah kita mendoakanya. love ur friends. klau aq ada wat apa2 dosa aq mntk maaf ye kwn2,kosong2 eh? huhu.























Mengigati mati dapat meningkatkan kesihatan??

Nabi muhammad s.aw pernah bersabda yang lebih kurang maksudnya,orang yang bijak adalah orang yang mengigati maut.. dn nabi juga pernah berkata hati akan mati,untuk menghidupkanya banyakkan membaca al quran dan mengigati maut.

Kini sbuah kajaian telah dilakukan oleh saintis barat tentang kebaikan mengigati maut ini,baca maklumat slnjutnya di keratan akhbr berita harian bertarikh 22/4.2012

WASHINGTON: Mengingati mati adalah cara terbaik dan paling mudah untuk membina keinsafan selain menanamkan sikap positif di dalam diri seseorang.
Analisis kajian saintifik menunjukkan kesedaran mengenai kematian boleh memperbaiki kesihatan fizikal dan membantu orang ramai meletakkan semula keutamaan matlamat dan nilai hidup.
Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam.
Malah pemikiran secara tidak langsung mengenai kematian seperti berjalan berhampiran kawasan perkuburan boleh mencetuskan perubahan positif dan menggalakkan seseorang membantu orang lain, kata pakar psikologi.

Laporan menyatakan kajian terdahulu mengaitkan memikirkan mengenai kematian dengan bahaya dan keinginan melakukan keganasan tetapi jarang menyelongkar faedah mengingati kematian.

“Kecenderungan mengaitkan tindak tanduk negatif dan perangai membahayakan sudah terlalu taksub dalam penyelidikan kesedaran mengenai kematian dan disifatkan sebagai punca kemusnahan sosial.

“Tidak banyak kajian dilakukan untuk melihat bagaimana mengingati kematian boleh memberi motivasi dan tindak tanduk positif yang boleh meminimumkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain serta menggalakkan orang ramai berkelakuan baik,” kata ketua penulis kajian, Kenneth Vail, dari Universiti Missouri. 
Kajian disiarkan dalam edisi online Personality and Social Psychology Review bulan ini.

Penulisan merujuk kajian yang dibuat oleh Matthew Gailliot dan pasukannya dalam Buletin Personaliti dan Psikologi Sosial pada tahun 2008 yang menguji bagaimana kesan fizikal berada dekat dengan kawasan perkuburan mendorong individu membantu orang asing.

“Penyelidik mendapati jika budaya membantu dijadikan penting kepada orang ramai, peningkatan kesedaran mengenai kematian akan memberi motivasi dalam meningkatkan keinginan tanduk untuk membantu,” kata Vail.

Penyelidik memantau orang ramai yang sama ada melintasi kawasan perkuburan atau tidak melalui kawasan itu.

Sukarelawan pada setiap lokasi bercakap dengan orang ramai mengenai nilai membantu orang lain atau topik lain, dan beberapa saat kemudian, seorang sukarelawan lain menjatuhkan buku notanya.

Penyelidikan kemudian menguji dalam setiap keadaan bagaimana orang ramai membantu orang asing.

“Apabila nilai membantu orang lain dijadikan ciri utama, bilangan orang ramai yang membantu orang tidak dikenali 40 peratus lebih baik di kawasan perkuburan berbanding kawasan jauh daripada situ,” katanya.

Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam. – Agensi


umumnya apabila sesorang itu mengigati maut,mereka akan berasa takut lalu mereka akan mmthuhi sgala apa2 arahan,ibarat org yang akan dihukum gantung,byangkan mcm mana prasaan mraka. haha. bai bai.............