Friday 1 July 2011

punca inflasi

Inflasi Daripada Para Peniaga
Harga barang naik apabila peniaga mengalirkan pembiayaan cukai, sewa kedai dan bala yang lain-lain ke atas para pengguna. Harga barang pun dilambungkan.

Inflasi Daripada Sikap Pengguna
Sekian lama pengguna semua takut untuk berbelanja, sehingga tiba satu masa ramai pengguna berbelanja pada masa yang sama. Sudah tentu bekalan barangan akan menjadi terhad. Harga barang pun dilambungkan.

Inflasi Daripada Monopoli
Apabila tiada saingan daripada syarikat lain, sebuah syarikat contohnya TMnet, suka-suka naikkan harga perkhidmatan mereka tanpa memikirkan kualiti yang diberi. Mereka tahu aktiviti perniagaan mereka dilindungi oleh kerajaan. Proses monopoli pun dapat dikecapi dengan mudah. Harga perkhidmatan pun dilambungkan.

Inflasi Daripada Kebodohan
Negara yang banyak bergantung pada negara luar akan mengalami masalah. Contohnya produk luar itu penting buat negara kita. Kita boleh cipta produk itu sendiri. Tetapi kita bodoh. Negara luar pun ambil kesempatan atas kebodohan kita. Harga kapal selam dan jet pejuang pun dilambungkan.

Inflasi Daripada Wang Kertas
Dahulu ada wang dinar dan dirham (emas dan perak). Tetapi lepas orang putih jajah, kita semua dipaksa menggunakan kertas sebagai wang. Wang kertaslah penyumbang besar kepada kenaikan harga barang. Anda keliru? Cuba simpan emas dan wang kertas mulai hari ini. Tunggu lagi 5 hingga 10 tahun. Lihat apa yang akan berlaku. Kaji graf sejarah nilai emas, apakah ia semakin meningkat atau pun menurun.

Siapa yang cipta wang kertas? Bank Negara. Bank Negara sandarkan wang kertas pada apa? Dolar Amerika. Apabila Amerika mengalami masalah, apakah negara kita akan turut terasa?

Sudah tentu, kita semua beriman dengan Dolar Amerika. Amerika perlukan hasil keringat manusia untuk meneruskan agenda mereka. Nilai wang kertas kita mengikut rentak kata mereka. Harga barang pun dilambungkan.

p/s: Sebab itu orang sekarang tak dapat naik bas dengan RM0.50 seperti dahulu kala. Paling sikit pun nak ke bandar sudah makan RM4.00. Kita sebenarnya masih dijajah dengan wang kertas arahan orang putih ini.