Sunday 31 July 2011

RIYADH: Pekerja di sebuah pusat beli-belah di Makkah terkejut apabila melihat tempat kerja mereka dirompak. 

Lebih mengejutkan, perompak berkenaan turut sempat menjamu selera dengan makan sarapan dalam stor sebelum meninggalkan premis itu, lapor al Madinah yang dipetik agensi berita di sini, semalam.




Perompak terbabit dipercayai memecah masuk pusat beli-belah berkenaan selepas tengah malam dan memutuskan untuk mengisi perut terlebih dulu sebelum meninggalkan pusat beli-belah itu dengan barangan yang dicuri.
Mereka meninggalkan sisa makanan tanpa mencuci stor itu terlebih dulu dan tidak mengambil langkah untuk membuang ‘tanda’ kehadiran mereka di situ. 

Anggota polis yang tiba kemudian mengumpulkan sampel cap jari dari stor itu dan mula mencari pencuri terbabit. – Agensi. 







Saturday 30 July 2011

ais di kutub utara semakin pudar..

KECAIRAN ais di Kutub Utara turut mengancam habitat beruang kutub.
KECAIRAN ais di Kutub Utara turut mengancam habitat beruang kutub.
Cuaca semakin panas di Kutub Utara 

COLORADO: Lautan ais di Artik dilaporkan cair pada kelajuan tertinggi pada tahun ini, menunjukkan kenaikan suhu di Kutub Utara semakin meningkat menyebabkan sebahagian besar kawasan Artik diramalkan tiada lagi ais 30 tahun lagi.

tolong!!!!!!!!! mummy!!!!!


Selain itu, data terbaru Pusat Sains Pola Universiti Washington menunjukkan ketebalan ais kawasan Artik tahun ini juga adalah yang paling nipis. 
Menurut pemantauan satelit Pusat Data Ais dan Salji Kebangsaan Amerika Syarikat (NSIDC), hanya 15 peratus kawasan Artik diselaputi ais baru-baru ini, iaitu seluas 8.5 kilometer persegi, kadar paling rendah berbanding rekod sebelumnya yang dibuat pada 2007.Pengarah NSIDC, Mark Serreze, berkata sejak dua minggu lalu laut Artik kehilangan 150,000 kilometer persegi kawasan berais sehari. 

ais semakin cair




“Kadar ais yang menutupi kawasan semakin berkurangan dan pada masa sama semakin menipis. Keadaan cuaca yang sebelum ini mencairkan ais menyebabkannya cair lebih pantas. 

“Keadaan boleh berubah tetapi proses itu akan berterusan sehingga tiada lagi ais di Artik menjelang 2030. Kecairan ais akan berterusan,” kata Serreze. 
Pemanasan global mencairkan ais Artik sejak 30 tahun lalu pada kadar tiga peratus setiap dekad secara purata. Tetapi dua data baru menunjukkan bahawa Artik yang bebas ais boleh menjadi kenyataan dalam masa 30 tahun, jika ia berterusan. 

Ia adalah 40 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan dalam penilaian laporan terakhir Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC). 

kapal pun dah boleh lalu dah..

Lautan ais yang berada pada tahap maksimum pada Mac dan paling rendah dalam September setiap tahun disifatkan ‘keadaan yang membimbangkan’ bagi perubahan iklim kerana cuaca kutub semakin panas lebih cepat berbanding tempat lain di Bumi. 





Berdasarkan NSIDC, suhu udara bagi Jun 2011 adalah antara 1 dan 4 darjah Celsius lebih tinggi kepanasannya berbanding kebanyakan tempat lain di Artik. 

Keputusan itu menyokong kajian dalam jurnal sains baru-baru ini yang mengatakan bahawa aliran air dari Atlantik ke laut Artik adalah lebih panas hari ini berbanding 2,000 tahun dan boleh menjadi satu penerangan kepada kecairan lautan ais besar-besaran sekarang yang dipantau. 

Simulasi komputer oleh NASA menunjukkan bahawa kecairan ais Laut Artik tidak akan berterusan secara tetap. Berbanding dengan 1950-an, lebih separuh ais Laut Artik sudah hilang. 

Pengasas halaman web pemantauan iklim Weather Underground, Jeff Masters, berkata satu sistem tekanan tinggi berpusat di utara Alaska menyebabkan langit cerah dan sinaran matahari mencairkan ais Artik. 

“Gabungan tindakan udara mengikut aliran jam di sekitar kawasan tinggi tinggi dan melawan arah jam di seluruh sistem tekanan rendah berhampiran pantai barat Siberia menyebabkan panas, angin selatan ke Artik yang mendesak ais jauh dari pantai Siberia, menggalakkan pencairan,” katanya. – Agensi 

mati pasal main game?

Maut kerana permainan video

CHRIS STANIFORTH


SHEFFIELD, Britain - Kegilaan seorang pemuda, Chris Staniforth bermain permainan video Xbox hingga 12 jam sehari menyebabkan nyawanya melayang apabila saluran darahnya tersumbat, lapor sebuah akhbar semalam.
Bedah siasat mendapati, Staniforth, 20, mengalami trombosis pembuluh darah (DVT). Penyakit tersebut menyebabkan pembentukan darah beku dalam salur darah manusia akibat duduk terlalu lama.
Darah beku itu yang terbentuk pada kaki, boleh membawa maut apabila ia bergerak bersama aliran darah dan menyumbat paru-paru manusia.
"Saya tidak pernah menjangka perkara seperti ini berlaku. Anak saya tidak dapat dipisahkan dengan Xbox. Saya tidak pernah membayangkan dia berada dalam bahaya kerana hobinya itu," kata bapa pemuda berkenaan, David Staniforth.
Menurut David, anak lelakinya itu mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum rebah baru-baru ini.
Lelaki berkenaan memberitahu, anaknya tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya atau komplikasi kesihatan sebelum ini.

mcm mana leh boleh mati yew??? dah ajal,apa leh wat.huhu

Wednesday 27 July 2011

bala dari allah?

AITULMUQADDIS - Sokongan ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menurun susulan bantahan rakyat terhadap kos sara hidup di negara berkenaan yang melambung tinggi, menurut satu kaji selidik yang disiarkan semalam.
Akhbar tempatan, Haaretz melaporkan bahawa kaji selidik terbaharu itu mendapati 32 peratus rakyat Israel berpuas hati dengan prestasi Netanyahu manakala 54 peratus lagi sebaliknya.
Netanyahu yang mengetuai pentadbiran campuran yang diterajui parti pimpinannya, Parti Likud, menyatakan, beliau akan mengumumkan beberapa langkah bagi mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup tersebut.
Harga barangan makanan di Israel melonjak lebih 40 peratus sejak beberapa bulan lalu termasuk harga keju kotej yang merupakan makanan ruji di negara itu.
Selain produk makanan, harga petrol turut melambung kepada lebih AS$8 (RM23.65) untuk 3.7 liter manakala harga rumah pula jauh lebih mahal berbanding beberapa tahun sebelumnya.
Sebuah flat dua bilik di sini atau bandar Tel Aviv kini berharga sekitar AS$500,000 (RM1.4 juta).
Parti Likud kini menduduki 27 kerusi daripada 66 kerusi pentadbiran campuran Israel.
Pilihan raya umum Israel dijadual diadakan pada tahun 2013. - Agensi

Tuesday 26 July 2011

Gadis tertinggi Britain


JESSICA PARDOE


LONDON, Britain - Gadis tertinggi Britain, Jessica Pardoe sukar memilih kasut kerana ketinggian dan saiz kakinya yang besar, lapor sebuah akhbar semalam. Pardoe, 18, yang memiliki ketinggian 2.108 meter memakai kasut saiz 11 yang jarang dijual di Britain. Menurutnya, tidak seperti kebanyakan gadis lain yang menganggap akiviti membeli kasut sebagai hobi, proses membeli kasut adalah sukar untuk dirinya.
"Saya terpaksa membeli kasut dari kedai khas di Internet. Saya sememangnya mahukan sepasang kasut yang murah tetapi kasut paling murah untuk saya berharga sekitar £50 (RM242)," katanya. Selain saiz kasut, jahitan juga akan menimbulkan masalah kepada Pardoe yang memiliki kaki sepanjang 96.5 cm. "Saya tidak pernah dengar mana-mana wanita mempunyai ukuran kaki melebihi saya," kata Pardoe. "Namun, saya bernasib baik kerana masih boleh membeli pakaian bergaya di Internet walaupun harganya lebih mahal," tambahnya. - Agens

siapa le pakwa dia..haha..

kata2 seorang warga malaysia di SCOTLAND

  • 4 hours ago · 
  • Izani Zainal ‎4 thn kat scotland, jauh langit dgn bumi kalau nak kira kbajikan negara kafir ni.dr segi moral mmg jauh dia cedok apa yg islam suruh buat,cuma bab minum mmg kuat la mat salleh ni.tapi takleh minum open. polis sini tak pernah kluar berita makan rasuah.polis sini mmg cukup pro.dan tak racist.mrk kerja berhemah.cakap sopan.sini pemimpin takut dgn rakyat sbb diorang tau diorang nye hidup matii kat tgn rakyat.msia bukan takleh buat...kalau ikut hasil bumi jauh skali kita bleh buat...tp fikir2 lah sendiri..
    4 hours ago ·  ·  4 people

    JAUH BEZA DENGAN NEGARA KITA IBARAT AUR DAN TEBING

Monday 25 July 2011

7 perkara untuk naikkan ekonomi PENTING

  1. Laksanakan gaji minima bermula dengan RM1,500 untuk semua sektor (khususnya sektor swasta) sebagai permulaan.

  2. Wujudkan Pasar Tani dalam bentuk perniagaan di dalam bangunan mirip seperti GIANT, TESCO, CARREFOUR dan JUSCO.

  3. Tingkatkan syarat minima kelulusan dalam pengambilan anggota polis baru (WAJIBKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS YG. BAIK). Singkirkan polis yang tidak menghormati perlembagaan serta-merta (tanpa mengira status).

  4. Percepatkan perbicaraan mahkamah dan hukuman seperti Singapura.

  5. Iktiraf satu kawasan di jalanraya untuk rakyat berarak dengan efektif sekali gus hormati kebebasan berhimpun serta kebebasan bersuara untuk rakyat Malaysia.

  6. Wujudkan transit LRT atau MRT di seluruh Malaysia (dari Perlis hingga ke Sabah). Baik di kampung mahupun di bandar (pembangunan sekata) berserta kadar tambang yang amat berpatutan.

  7. Banci semua perkara dari segi kerja, pendidikan, agama, ekonomi, kesihatan dan lain-lain. Harus dilakukan berterusan dan harus juga disusuli dengan pelan tindakan.


wake up malaysia dont sleep,singapore has maju than kita,dont sleep






dont sleep!!!!



wake up bro.




Mahu Mati Pun banyak SUSAH.

DENVER, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pembunuh menyaman pentadbiran penjara di negeri Colorado kerana menyelamatkan nyawanya selepas jantungnya berhenti berdegup.
Banduan berkenaan, Daniel Self (gambar) berkata, dia meminta pengawal-pengawal penjara supaya tidak memulihkannya jika pernafasannya terhenti semasa tidur.
PHOTO: Mug shot of Daniel Self
mamat yang mahu mati tetapi tidak kesampaian. haha

Dia menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan ke atas pernafasannya.
Dalam samannya, banduan berusia 54 tahun itu mendakwa pihak penjara sengaja enggan menghormati haknya untuk tidak menerima rawatan perubatan apabila pernafasannya terhenti pada tahun 2009.
Menurutnya, dia lebih rela mati selepas didapati bersalah pada 2003 kerana membunuh teman wanitanya Leah Gee, 24, yang mengandung ketika itu.
Kes berkenaan kini diteliti di sebuah mahkamah persekutuan AS. - Agensi

Sunday 24 July 2011

remaja disekat datang ke masjid TAJIKISTAN







DUSHANBE: Kebimbangan kerajaan Tajikistan terhadap perkembangan syiar Islam di negara itu kian terserlah apabila Parlimen negara bekas Soviet itu meluluskan Undang-Undang Tanggung Jawab Ibu Bapa.
Menerusi undang-undang itu, mereka yang berusia bawah 18 tahun secara automatik dilarang mengunjungi masjid dan diwajibkan belajar di sekolah sekular kerajaan.

Pelaksanaan undang-undang itu kini hanya memerlukan tandatangan Presiden Emomali Rahmon.
Ulama terkenal Tajikistan, Turadzhonzoda Akbar menyifatkan perkembangan itu sebagai ‘hari yang gelap’ bagi umat Islam. “Ia lebih teruk daripada ketika pemerintahan komunis Soviet. Kerajaan Soviet dulu tidak pernah mengarah penganiayaan terhadap agama,” katanya.

       peta tajikistan adik beradik tanjung rambutan

warga tajikistan


awek cun di tajikistan

Menurutnya, kerajaan tidak mempunyai alasan untuk bimbang dengan perkembangan syiar Islam.

“Mereka (kerajaan) kelihatan tidak suka jika rakyat beriman.,” Turadzhonzoda. — Reuters




Keindahan di tajikistan


kak bedah di tajikistan

APA LE NAK JADI LE DGN NEGARA ISLAM NI,AKU PUN TAK FAHAM R..HUHU..

CHRISTIAN TERRORIST?? NEVER ..

92 maut serangan berkembar Norway


SEORANG mangsa diangkat oleh pegawai keselamatan untuk diberi rawatan.


OSLO - Sekurangnya-kurangnya 92 mangsa maut dalam serangan bom dan tembakan rambang yang dilakukan oleh seorang lelaki warga Norway berusia 32 tahun. Disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat sejak pengeboman di Madrid, Sepanyol pada tahun 2004, suspek yang menyamar dengan memakai pakaian anggota polis telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan remaja yang menghadiri perhimpunan politik musim panas di pulau Utoeya.

ASAP tebal jelas kelihatan pada sebuah bangunan kerajaan yang rosak teruk.


Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg. "Tidak pernah berlaku sejak Perang Dunia Kedua, Norway dikejutkan dengan jenayah pada skala sebesar ini," kata Stoltenberg. Suspek dikatakan memanggil remaja-remaja itu untuk berkumpul sebelum menembak mereka menggunakan pistol dan rifel. Dalam usaha menyelamatkan diri, mereka terjun ke dalam laut, bersembunyi di hutan dan mencari perlindungan di dalam bangunan berhampiran.
Media Norway menamakan suspek sebagai Anders Behring Breivik (gambar), tetapi pihak polis enggan mengesahkan maklumat tersebut. Polis juga menyatakan kebimbangan angka mangsa yang maut mungkin meningkat.
Menurut saluran televisyen TV2, suspek mempunyai hubungan dengan kumpulan ekstremis berhaluan kanan dan memiliki dua senjata api yang didaftarkan atas namanya. Suspek turut menulis komen anti-Islam di Internet. Namun, Komisioner Polis, Sveinung Sponheim memberitahu adalah terlalu awal untuk menyatakan itu adalah motif di sebalik tindakannya.

SEBUAH bot melintasi beberapa mayat yang diletakkan di atas tebing di pulau Utoeya, Norway.


Media lain melaporkan bahawa suspek menyifatkan dirinya dalam laman Facebook sebagai seorang konservatif, beragama Kristian, suka berburu dan permainan video seperti World of Warcraft serta Modern Warfare 2.
Dua jam sebelum itu, polis telah mengesahkan bahawa tujuh orang terbunuh, manakala sembilan lagi cedera parah apabila sebutir bom meletup di tengah bandar Oslo yang berhampiran dengan pejabat perdana menteri dan beberapa buah bangunan kerajaan. Suspek sama didakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut. - AFP

Sultan cemar duli kutip sampah


SULTAN Muhammad turun padang membersihkan kawasan Pantai Tujoh, Tumpat sempena Majlis Gotong-Royong dan Ramah Mesra semalam





TUMPAT - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihan persekitaran. Baginda yang kelihatan selesa mengenakan baju T, berseluar trek dan topi tanpa segan silu bersama-sama dengan 1,000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama dua jam di Pantai Sri Tujoh di sini.


sultan kelantan yg hensem =p
Majlis tersebut yang bermula pukul 10.30 pagi diadakan di situ kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong. "Beta dapati masjid tidak dibersihkan, tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman,'' titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir. Program itu adalah yang pertama seumpamanya melibatkan pihak istana dengan matlamat untuk merapatkan hubungan antara institusi diraja dengan rakyat.

SAYA RESPECT SAMA AWAK,SEMOGA ALLAH SELAMATKAN KAMU

DAULAT TUANKU!!!

tren terpantas didunia

Laju macam peluru




CHINA sememangnya menggemari pencapaian yang luar biasa. Pada 30 Jun lalu, ia melancarkan dua pencapaian meganya secara serentak. Pertama, jambatan laut terpanjang di dunia dibuka di Qingdao iaitu Jambatan Teluk Jiaozhou. Jambatan itu dianggap satu lagi keajaiban Negara Tembok Besar itu
Namun, projek kedua lebih mengagumkan. Rangkaian rel kereta api laju Beijing-Shanghai dibuka pada hari yang sama. Beribu-ribu orang membanjiri Stesen Kereta Api Selatan di Beijing dengan tiket di tangan.
"Saya sangat teruja," kata Tina Cheng, seorang eksekutif pemasaran teknologi maklumat yang membayar 550 yuan (RM260) untuk tiket kelas kedua kereta api ekspres itu yang turut dikenali sebagai bullet train.
Tiket kelas VIP pula dijual pada harga AS$270 (RM837) sehala.



Perkhidmatan itu melalui tiga majlis perbandaran dan empat wilayah pada kelajuan 330 kilometer sejam (km/j).
Perjalanan dari Shanghai ke Beijing sejauh 1,318 kilometer tidak sampai lima jam. "Ia detik yang membanggakan rakyat China," kata Tina seperti dipetik NBC News.
Landasan kereta api baru itu dibina dalam masa 39 bulan, iaitu hampir setahun lebih awal daripada yang dijadualkan.
Jurutera dan pegawai kereta api telah menguji laluan itu sekurang-kurangnya sebulan sebelum pembukaannya iaitu sehari sebelum Parti Komunis China menyambut ulang tahun ke-90 penubuhannya, 1 Julai lalu.
Kerajaan China telah menjemput hampir 300 kru media dari seluruh dunia bagi menyaksikan 'pertunjukan' itu.
Seratus tahun silam, perjalanan dari Beijing ke Shanghai bukan sahaja berbahaya bahkan memerlukan masa sehingga tiga minggu. Kereta api biasa mengambil masa 10 jam tetapi tren laju hanya empat jam 48 minit.
Sebagai perbandingan, jika anda menaiki kereta api ekspres dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam, ia mengambil masa selama 10 jam untuk sampai.
Pihak berkuasa kereta api berkata, tren laju itu akan mempunyai 180 perjalanan ulang-alik sehari dan boleh membawa 80 juta penumpang setahun.
Teknologi

CHINA memiliki rangkaian tren laju paling komprehensif dan terbesar di dunia.


Dari segi teknikal, ia boleh bergerak selaju 486km/j namun atas faktor keselamatan, kerajaan China menetapkan 300km/j sebagai had purata kelajuan.
Perjalanannya sangat lancar dan pantas. Tetapi apa yang lebih penting, projek itu dibuat sepenuhnya oleh China.
"Teknologi yang kami ada sangat maju," kata Ketua Pereka di Kenderaan Rel CNR Changchun yang menjayakan projek itu, Yang Hong.
"Kami menyerap teknologi import bagi mencipta dan membangunkan produk kami sendiri," tambah beliau.
Para jurutera China mengakui tren laju terbaharu itu telah menyerap banyak idea dari Jerman, Perancis dan Jepun sebelum menukarnya menjadi produk yang lebih baik.
Petugas media turut dibawa melawat kilang CNR yang terletak di Wilayah Jilin. Kilang itu kelihatan seperti sebuah hangar angkasa dengan ramai pekerja Barat memakai baju T Siemens.
Syarikat kejuruteraan gergasi Jerman itu dan Alstom, sebuah konglomerat dari Perancis yang pakar dalam bidang pengangkutan dan sistem janakuasa - telah bekerja untuk CNR selama beberapa tahun dengan membina sistem tren laju itu.
"Kedua-dua tren dan rel dari Alstom dan Siemens ini merupakan teknologi termaju di dunia.
"Berdasarkan platform itu, kami membangunkan kereta api kami sebelum ini, CRH380B yang berkelajuan 380km/j. Kami adalah pemilik penuh hak cipta intelek tren itu," kata Yang.
Dengan memiliki jaringan tren laju terbesar di dunia, China sekurang-kurangnya berjaya menunjukkan yang ia lebih bagus dalam bidang itu berbanding negara pesaing ekonominya yang lain khususnya Amerika Syarikat (AS).
Kelajuan
TREN CRH380C adalah hasil gabungan teknologi Perancis, Jerman dan Jepun.


Sementara banyak bandar di dunia memiliki sistem rel dan kereta api bawah tanah canggih, sebaliknya rakyat AS lebih gemar bergerak menaiki kereta dan kapal terbang.
Hanya baru-baru ini kerajaan Presiden Obama memperuntukkan AS$8 bilion (RM25 bilion) untuk membina jaringan tren laju pertama di AS. Tren terlaju di negara itu pada hari ini ialah Acela Express, berkelajuan 241km/j, yang beroperasi di antara Boston dan Washington.
Perancis, Jepun dan China memang sudah lama terkenal dengan teknologi tren laju. Secara purata tren laju di seluruh dunia beroperasi pada kelajuan 275km/j. Tren konvensional paling laju setakat ini ialah TGV milik Perancis dengan rekod kelajuan 574km/j.
Jepun pula memiliki Shinkansen yang bergerak di atas landasan konvensional. Pada tahun 1996, ujian ke atas Shinkansen berupaya mencecah kelajuan 443km/j. Banyak negara menjadikan Shinkansen sebagai model sistem tren laju mereka.
Pada tahun 2007, jurutera Perancis membuktikan bukan kereta api maglev sahaja yang boleh terapung di landasan. TGV Est V150 rekaan syarikat Alstom, bergerak pada kelajuan 574km/j.
Bagaimanapun, rekod kereta api paling laju di dunia masih dipegang kereta api yang menggunakan teknologi maglev iaitu kusyen udara terapung magnetik.
Tren yang dimaksudkan itu dinamakan MLX01 dan merupakan projek Maglev Chuo Shinkansen Line di Jepun.
Pada tahun 2003, di landasan Yamanashi sepanjang 42 kilometer, kereta api itu stabil pada kelajuan ideal 500 km/j walaupun ia diuji berjaya mencapai 581km/j. Kelajuan ideal bagi kebanyakan tren laju yang membawa penumpang pada hari ini ialah 300km/j sahaja.

PENUMPANG dilayan seperti di dalam kapal terbang.


Tren maglev dipercayai akan menggantikan Shinkansen menjelang tahun 2025 namun kos pembinaannya sangat tinggi, dianggarkan AS$44 bilion (RM136 bilion).
Buat masa ini, tren laju terkini China, CRH380C, merupakan kereta api paling laju yang sedang beroperasi.
Syarikat pembuat model jenis itu berkata, geseran yang dihasilkan kurang 12 peratus daripada model CRH380B.
Model kereta api baharu itu dijangka digunakan China untuk membina projek kereta api di luar negara khususnya di Asia Barat dan AS.
Syarikat-syarikat China kini telah membina teknologi rel di Turki, Iran, Venezuela dan berharap dapat menembusi Britain dan Amerika Syarikat.
"Kami ada hak untuk mengeksport teknologi kami," kata Yang.
Menjelang tahun 2013, China dijangka memiliki rangkaian kereta api laju paling komprehensif di dunia dengan 800 buah tren. Ia juga merupakan sebahagian daripada projek Laluan Sutera yang akan menghubungkan Shanghai dan Singapura dengan melalui Rangoon di Myanmar atau Kunming di Wilayah Yunnan ke New Delhi, Lahore dan Tehran.