Friday 16 December 2011

Wanita India paling kerdil di dunia



SEORANG pengadil Guinness World Records, Rob Molloy (kanan) dan Dr. Manoj Pahukar (kiri) mengukur ketinggian Jyoti Amge di Nagpur semalam.


NAGPUR - Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun, Jyoti Amge yang setinggi cuma 61.95 sentimeter dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records di sini semalam.
Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya sebelum dia dyang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, achondroplasia dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.
Dia layak untuk disenaraikan dalam Guinness World Records kerana umurnya mencecah 18 tahun semalam.
"Saya berasa amat gembira untuk mendapatkan rekod ini," katanya yang menangis kegembiraan yang menurut bapanya dia bercita-cita untuk menjadi aktres Bollywood. Dia menerima sijil pengiktirafanGuinness sambil disaksikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.
Rekod wanita paling kerdil di dunia sebelum ini dipegang oleh rakyat Amerika Syarikat, Bridgette Jordan yang setinggi 69.5 sentimeter. - Agensi

adik bollywood

AKTRES Varsha Lakra menyolek mukanya sendiri di dalam kereta sebelum penggambaran filem bermula di Ranci, Jharkhand, India pada 23 Oktober lalu.



RANCHI, India - Los Angeles ada Hollywood, Mumbai mempunyai Bollywood tetapi di negeri Jharkhand yang terletak di timur India memiliki industri filemnya sendiri dikenali sebagai Jhollywood.
Terletak di negeri paling miskin dan penuh dengan keganasan, industri perfileman Jhollywood beroperasi dengan bajet kecil.
Kekangan kewangan menyaksikan bintang-bintang filem Jhollywood menyolek muka sendiri manakala muzik latar dimainkan daripada telefon bimbit.
"Inilah masalah terbesar yang dihadapi pelakon Jhollywood, anda perlu memakai mekap sendiri, menggunakan kostum sendiri, pendek kata, anda perlu melakukan semuanya sendiri," kata bintang filem utama Jhollywood, Varsha Lakra sambil tersenyum.
Lakra dan suaminya yang juga seorang pelakon, Monuraj, 25, popular dan kerap diserbu peminat di negeri itu.
"Baru-baru ini saya keluar bersama keluarga saya dan beberapa wanita tempatan melihat kami. Mereka menarik saya dan tidak mahu melepaskan saya. Mereka berulang kali mempelawa saya makan di rumah mereka," katanya.
Sebagai bintang filem Jhollywood, Lakra memberitahu, dia menerima pendapatan sekitar 30,000 rupee (RM1,805) untuk setiap filem lakonannya.
"Filem kami menggambarkan budaya kami dan budaya kami bukannya glamor," kata Lakra.
Namun, menurutnya, pembikin-pembikin filem Jhollywood bangga menceritakan kehidupan penduduk berkasta rendah dan puak-puak di negeri berkenaan.
Mereka menerbitkan filem dengan menggunakan peralatan minimum dan bajet yang amat kecil iaitu sekitar 250,000 rupee (RM15,043) hingga 500,000 rupee (RM30,106).
Penerbit filem Jhollywood pula mendapatkan modal dengan menjual apa sahaja barangan milik mereka termasuk tanah dan kereta. - AFP