Sunday, 1 April 2012

NORAINI boleh bercakap dalam bahasa Mandarin, Hokkien dan Korea selepas sedar daripada koma.

TIDAK lama dahulu, seorang remaja dari Besut, Terengganu, Noraini Ismail, tiba-tiba boleh bertutur dalam bahasa Mandarin, Hokkien dan Korea selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal.

Namun, apa yang pelik ialah, dia hanya mampu bercakap bahasa asing itu ketika bangun tidur pada waktu subuh.


budak ni le. hehe








“Kadang-kadang saya diserang sakit kepala yang kuat tapi saya tak tahu kenapa saya cakap bahasa asing. Saya nak cakap Melayu seperti biasa tapi tak boleh,” ujar Noraini, 17.

Gadis itu terlibat dalam kemalangan pada 10 Januari lalu semasa pulang dari sekolah. Dia membonceng motosikal abangnya, Jefri Ismail, 18, sebelum mereka melanggar sebuah lori kecil.

Pemeriksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan mendapati Noraini yang pengsan selama 11 jam hanya mengalami luka kecil di kaki. Tetapi selepas itu, doktor memaklumkan terdapat darah beku di kepalanya.

Sebenarnya, kebolehan bercakap bahasa asing akibat kemalangan atau selepas diserang penyakit sering dikesan berlaku di seluruh dunia.

Selain hentakan kuat pada kepala, punca lain ialah strok, demam selesema dan pengsan. Namun, tidak kurang pula yang mengaitkannya dengan gangguan makhluk halus.

Pada Oktober lalu, seorang wanita Scotland, Debbie McCann, 48, yang baru pulih daripada strok terkejut besar apabila mendapati dia boleh bercakap bahasa Itali dan Cina.

Sindrom

Walaupun tidak pernah pergi ke kedua-dua negara tersebut, bahasa Itali dan Cinanya cukup jelas.

Namun, kebolehan eksentrik itu hanya membuatkan dia berasa malu untuk bercakap dengan orang lain. Sebulan selepas itu Debbie jatuh sakit manakala kedua-dua bahasa itu hilang entah ke mana.

Bagaimanapun selepas pulih, dia mampu bercakap dalam loghat Glasgow yang pekat.

Kejadian yang sama menimpa Kay Russel. Wanita Britain itu boleh bercakap dalam bahasa Perancis selepas mengalami sakit kepala yang teruk.

Malangnya, sindrom bahasa itu menyebabkan dia dipinggirkan orang ramai.

Juga di Britain sebulan lepas, Cebie Royston yang berasal dari Birmingham bertutur dalam bahasa Perancis secara tiba-tiba sebaik sahaja sembuh daripada demam selesema.

Sebelum itu, dia menghidap sejenis penyakit yang telah melumpuhkan kebolehan bertuturnya selama sebulan.

Makhluk halus

Dalam ilmu perubatan moden, penyakit itu dikenali sebagai sindrom bahasa asing. Ia dipercayai dihidap oleh kira-kira 60 orang sahaja di dunia ini sejak dikesan seabad lalu.

Mengikut rekod perubatan, sindrom itu kebanyakannya dialami wanita tetapi punca kenapa kaum Hawa menjadi mangsa tidak diketahui hingga sekarang.

Seorang pengkaji paranormal, Mohammad Idrus Abu Hanifah berpendapat, individu yang menghidap sindrom bahasa asing mempunyai keistimewaan tertentu.

“Mereka sebenarnya boleh menjadi seorang pengkaji paranormal atau pengamal perubatan tradisional disebabkan kehadiran makhluk halus di dalam badan mereka.

“Cuma keistimewaan bercakap bahasa asing itu terhad pada tempoh tertentu, bergantung pada keadaan dan kesediaan makhluk halus berkenaan,” katanya kepada Jurnal.

Jelasnya, makhluk halus mampu berbahasa asing mengikut negara mereka tinggal.

“Tetapi makhluk itu tidak mengganggu kehidupan mangsa. Mungkin mahkluk itu sekadar ‘menumpang’ seketika.

“Namun, lebih baik pesakit mendapatkan rawatan sama ada menggunakan kaedah moden atau tradisional,” ujarnya.

Idrus memberitahu, individu yang mengalami sindrom ini mungkin menghadapi masalah bergaul dengan masyarakat kerana kebolehan eksentrik itu.

“Memiliki keistimewaan yang pelik pun boleh menjadi bahan umpatan orang,” komen Idrus.

Saturday, 17 March 2012

Lelaki lemah dengan wanita

Hadapi masalah darah gemuruh, tak dapat berfikir dengan betul

NEW YORK: Lelaki bukan saja berdepan masalah penurunan kekuatan mental apabila dikelilingi wanita, malah akan mengalami masalah itu walaupun cuma memikirkan mengenai mereka, menurut satu kajian baru.Dengan kehadiran wanita, lelaki kadang-kadang tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Mereka tidak dapat berfikir lurus apabila dikelilingi wanita,” lapor akhbar New York Daily News.

Namun perkara itu tidak berlaku kepada wanita, menurut kajian Universiti Radboud Nijmegen di Belanda, yang disiarkan dalam online November lalu.

Penyelidik membandingkan hasil kajian dengan adegan dalam novel Tolstoy, Anna Karenina, yang menonjolkan karektor lelaki, Levi, menjadi amat gemuruh ketika cuba memikirkan sesuatu untuk memberitahu seorang wanita, Kitty, yang tidak mengenali rakan yang berjalan melepasi kolam tempat mereka berdiri. Ia juga berlaku dalam kehidupan sebenar.

“Keadaan itu adalah biasa jika wanita berkenaan menarik dan lelaki cuba menarik perhatiannya,” menurut penulis kajian.

Penyelidik menggunakan penuntut universiti sebagai peserta uji kaji.
Dalam satu kajian, penuntut diminta melengkapkan tugas membaca gerak bibir yang menghendaki mereka menyebut perkataan dengan kuat di depan kamera web.

Mereka diberitahu seseorang akan melihat rakaman dan cuba membaca gerak bibir.
Peserta lelaki yang diberikan wanita memerhatikan mereka melakukan perkara itu memberikan persembahan terburuk dalam ujian kemampuan kognitif walaupun tidak melakukan secara berdepan dengan wanita. Sementara peserta wanita tidak menunjukkan perubahan.

Penyelidik mendapati hasil kajian mungkin berkaitan dengan tekanan evolusi yang membentuk lelaki menjadi lebih bersikap seksual di sebalik keadaan biasa, tetapi menegaskan kajian lanjut perlu dilakukan. – Agensi

Tuesday, 20 December 2011

Program paling menjijikkan di tv

ZENO (kiri) makan daging Storm manakala Storm makan daging rakannya itu  di depan penonton di studio.
ZENO (kiri) makan daging Storm manakala Storm makan daging rakannya itu di depan penonton di studio.
STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya.
STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya.
LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.
Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.
Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.

Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.” - Agensi

Friday, 16 December 2011

Wanita India paling kerdil di dunia



SEORANG pengadil Guinness World Records, Rob Molloy (kanan) dan Dr. Manoj Pahukar (kiri) mengukur ketinggian Jyoti Amge di Nagpur semalam.


NAGPUR - Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun, Jyoti Amge yang setinggi cuma 61.95 sentimeter dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records di sini semalam.
Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya sebelum dia dyang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, achondroplasia dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.
Dia layak untuk disenaraikan dalam Guinness World Records kerana umurnya mencecah 18 tahun semalam.
"Saya berasa amat gembira untuk mendapatkan rekod ini," katanya yang menangis kegembiraan yang menurut bapanya dia bercita-cita untuk menjadi aktres Bollywood. Dia menerima sijil pengiktirafanGuinness sambil disaksikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.
Rekod wanita paling kerdil di dunia sebelum ini dipegang oleh rakyat Amerika Syarikat, Bridgette Jordan yang setinggi 69.5 sentimeter. - Agensi

adik bollywood

AKTRES Varsha Lakra menyolek mukanya sendiri di dalam kereta sebelum penggambaran filem bermula di Ranci, Jharkhand, India pada 23 Oktober lalu.



RANCHI, India - Los Angeles ada Hollywood, Mumbai mempunyai Bollywood tetapi di negeri Jharkhand yang terletak di timur India memiliki industri filemnya sendiri dikenali sebagai Jhollywood.
Terletak di negeri paling miskin dan penuh dengan keganasan, industri perfileman Jhollywood beroperasi dengan bajet kecil.
Kekangan kewangan menyaksikan bintang-bintang filem Jhollywood menyolek muka sendiri manakala muzik latar dimainkan daripada telefon bimbit.
"Inilah masalah terbesar yang dihadapi pelakon Jhollywood, anda perlu memakai mekap sendiri, menggunakan kostum sendiri, pendek kata, anda perlu melakukan semuanya sendiri," kata bintang filem utama Jhollywood, Varsha Lakra sambil tersenyum.
Lakra dan suaminya yang juga seorang pelakon, Monuraj, 25, popular dan kerap diserbu peminat di negeri itu.
"Baru-baru ini saya keluar bersama keluarga saya dan beberapa wanita tempatan melihat kami. Mereka menarik saya dan tidak mahu melepaskan saya. Mereka berulang kali mempelawa saya makan di rumah mereka," katanya.
Sebagai bintang filem Jhollywood, Lakra memberitahu, dia menerima pendapatan sekitar 30,000 rupee (RM1,805) untuk setiap filem lakonannya.
"Filem kami menggambarkan budaya kami dan budaya kami bukannya glamor," kata Lakra.
Namun, menurutnya, pembikin-pembikin filem Jhollywood bangga menceritakan kehidupan penduduk berkasta rendah dan puak-puak di negeri berkenaan.
Mereka menerbitkan filem dengan menggunakan peralatan minimum dan bajet yang amat kecil iaitu sekitar 250,000 rupee (RM15,043) hingga 500,000 rupee (RM30,106).
Penerbit filem Jhollywood pula mendapatkan modal dengan menjual apa sahaja barangan milik mereka termasuk tanah dan kereta. - AFP

Tuesday, 13 December 2011

perbezaaan di antara indonesia dan korea selatan dalam protes



AFP
DUA anggota polis menangkap seorang penunjuk perasaan Korea Selatan yang memandu sebuah kereta dan merempuh sebuah bas polis di Kedutaan China di Seoul semalam.


SEOUL - Seorang pemandu Korea Selatan yang memandu kereta merempuh sebuah bas polis yang mengawal Kedutaan China beberapa kali semalam di sini.
Menurut beberapa saksi, kejadian itu berlaku pada satu tunjuk perasaan yang membantah pembunuhan seorang anggota pengawal pantai Korea Selatan oleh seorang nelayan China.
Lelaki dalam lingkungan usia 30 tahun itu memandu keretanya dan merempuh sebanyak tiga hingga empat kali ke arah salah sebuah bas yang melindungi Kedutaan China.
Beberapa anggota polis menyembur cermin keretanya dengan alat pemadam api bagi mengelak dia melakukan perbuatan tersebut.
Dia kemudian keluar dari kereta tersebut dan ditahan. Tiada yang cedera dalam kejadian itu.
Lebih 100 orang veteran tentera dan aktivis menunjuk perasaan di luar kedutaan tersebut untuk mengutuk tindakan seorang kapten nelayan China yang membunuh seorang anggota pengawal pantai pada Isnin lalu.
Kapten kapal itu telah menikam anggota pengawal tersebut dan mencederakan seorang lagi anggota berkenaan.
Kejadian itu berlaku semasa anggota pengawal pantai berkenaan cuba untuk menangkap nelayan China kerana menangkap ikan secara haram di Sungai Kuning, Korea Selatan. 

kalau mahu dibandingknan dengan indonesia,yang udah pastinya mereka akan baling TAHI manusia ke duta.smua orang malaysia mengetahuinya kan? tpi yang pasti korea selatan tetap maju kehadapan walaupun mereka agak EKSTREM. indonesia??? persoalaya

Wednesday, 30 November 2011

Wanita saman bekas kekasih tatu imej najis di belakang tubuh

DAYTON (Amerika Syarikat): Seorang wanita yang berang menyaman bekas teman lelakinya selepas dia mentatu imej najis di belakang tubuh wanita itu.
Rossie Brovent menuntut ganti rugi sebanyak 60,000 pound (RM300,000) daripada Ryan Fitzjerald.

Rossie dari bandar raya ini mahukan gambar dalam adegan filem Narnia ditatu di belakang tubuhnya.

Sebaliknya, dia mendapati tubuhnya ditatu dengan imej najis dengan dihurung beberapa lalat.

Artis tatu, Fitzjerald berang apabila mendapat tahu Rossie berlaku curang dengan teman baiknya.

Pada awalnya, Rossie mahu bekas kekasihnya itu didakwa melakukan serangan, tetapi dia sudah menandatangani borang mengesahkan rekaan tatu itu dibuat mengikut pertimbangan artis. Rossie berkata: “Dia menipu saya dengan meminum sebotol arak murah bersama saya sebelum mendapatkan tanda tangan saya dan membuat tatu itu.

ROSSIE menunjukkan  tatu imej najis dihurung lalat di belakang badannya.

ROSSIE menunjukkan tatu imej najis dihurung lalat di belakang badannya.