Friday, 16 September 2011

karavan jadi bot siot!!



BERLIN, Jerman - Orang ramai tidak lagi perlu memilih sama ada mahu berkhemah atau belayar ketika pergi bercuti selepas seorang pereka Jerman, Daniel Straub mencipta karavan yang boleh bertukar menjadi sebuah bot, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Karavan yang diberi nama Sealander itu ditarik kenderaan lain di atas jalan raya tetapi ia dipandu secara berasingan dengan menggunakan sebuah motor elektrik apabila berada di dalam air.
Selain dua tempat tidur, karavan, Sealander turut dilengkapi sebuah dapur, tandas dan meja makan.
Straub yang mengambil masa dua tahun untuk menguji karavan ciptaannya sebelum ia memasuki fasa pengeluaran memberitahu: "Mereka yang pergi bercuti boleh berkhemah pada malam hari dan pada waktu siang, mereka boleh belayar di tasik untuk aktiviti memancing".
Karavan unik itu dijadualkan memasuki pasaran tahun depan pada harga £13,000 (RM63,495). - Agensi

Thursday, 15 September 2011

kena beli insuran leh??



YAN - Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) mencadangkan supaya setiap penumpang bas ekspres dilindungi insurans individu bagi memastikan mereka mendapat pampasan sewajarnya jika berlaku kemalangan jalan raya.
Pengerusi PPBSM, Sa'adan Man (gambar kecil) berkata, cadangan itu bagi memastikan setiap penumpang mendapat perlindungan sewajarnya selain mereka tidak lagi menyalahkan atau menuntut ganti rugi daripada syarikat bas di kemudian hari.
Katanya, melalui cadangan itu, setiap penumpang akan diminta membeli insurans dengan membayar tambahan RM1 daripada harga tiket.
"Melalui cara ini, para penumpang akan dilindungi dengan insurans termasuk daripada aspek perubatan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada Che Rasnah Saad, isteri pemandu bas dua tingkat Sani Express, Mohd. Kamil Mohd. Rashid di Taman Setia Jaya di sini semalam.
Pada 7 September lalu, Mohd. Kamil dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang dalam nahas ngeri, dua tahun lalu.
Sehubungan itu, Sa'adan berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara tersebut dengan mewajibkan semua syarikat bas ekspres menyediakan insurans untuk dibeli penumpang dalam masa terdekat.
Menurutnya, dengan adanya insurans itu, syarikat bas tidak lagi dibebani dengan tindakan saman atau tuntutan ganti rugi yang dilakukan mangsa kemalangan atau pihak keluarga.

Proton serah lapan kereta elektrik untuk pandu uji



NAJIB bersama Dr. Mahathir menunjukkan isyarat bagus pada kereta Proton Saga EV pada majlis penyerahan kereta elektrik di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Mohd. Nadzmi (kanan).


PUTRAJAYA - Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) semalam menyerahkan tiga unit model Saga 'Electric Vehicle' (EV) dan lima unit 'Range Extender Electric Vehicle' (REEV) bagi membantu kerajaan menilai potensi teknologi hijau dalam pembangunan sistem dan infrastruktur kenderaan elektrik dan hibrid di Malaysia.
Penyerahan kenderaan itu ialah kepada pejabat Perdana Menteri serta empat lagi kementerian iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan.
Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh menyerahkan kenderaan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menteri yang mewakili kementerian masing-masing pada majlis di sini semalam.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Penasihat Proton.
Proton Saga EV merupakan sebuah kenderaan elektrik manakala Proton Exora REEV pula adalah sebuah kenderaan elektrik penambah jarak.