Monday, 25 July 2011

Mahu Mati Pun banyak SUSAH.

DENVER, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pembunuh menyaman pentadbiran penjara di negeri Colorado kerana menyelamatkan nyawanya selepas jantungnya berhenti berdegup.
Banduan berkenaan, Daniel Self (gambar) berkata, dia meminta pengawal-pengawal penjara supaya tidak memulihkannya jika pernafasannya terhenti semasa tidur.
PHOTO: Mug shot of Daniel Self
mamat yang mahu mati tetapi tidak kesampaian. haha

Dia menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan ke atas pernafasannya.
Dalam samannya, banduan berusia 54 tahun itu mendakwa pihak penjara sengaja enggan menghormati haknya untuk tidak menerima rawatan perubatan apabila pernafasannya terhenti pada tahun 2009.
Menurutnya, dia lebih rela mati selepas didapati bersalah pada 2003 kerana membunuh teman wanitanya Leah Gee, 24, yang mengandung ketika itu.
Kes berkenaan kini diteliti di sebuah mahkamah persekutuan AS. - Agensi

Sunday, 24 July 2011

remaja disekat datang ke masjid TAJIKISTAN







DUSHANBE: Kebimbangan kerajaan Tajikistan terhadap perkembangan syiar Islam di negara itu kian terserlah apabila Parlimen negara bekas Soviet itu meluluskan Undang-Undang Tanggung Jawab Ibu Bapa.
Menerusi undang-undang itu, mereka yang berusia bawah 18 tahun secara automatik dilarang mengunjungi masjid dan diwajibkan belajar di sekolah sekular kerajaan.

Pelaksanaan undang-undang itu kini hanya memerlukan tandatangan Presiden Emomali Rahmon.
Ulama terkenal Tajikistan, Turadzhonzoda Akbar menyifatkan perkembangan itu sebagai ‘hari yang gelap’ bagi umat Islam. “Ia lebih teruk daripada ketika pemerintahan komunis Soviet. Kerajaan Soviet dulu tidak pernah mengarah penganiayaan terhadap agama,” katanya.

       peta tajikistan adik beradik tanjung rambutan

warga tajikistan


awek cun di tajikistan

Menurutnya, kerajaan tidak mempunyai alasan untuk bimbang dengan perkembangan syiar Islam.

“Mereka (kerajaan) kelihatan tidak suka jika rakyat beriman.,” Turadzhonzoda. — Reuters




Keindahan di tajikistan


kak bedah di tajikistan

APA LE NAK JADI LE DGN NEGARA ISLAM NI,AKU PUN TAK FAHAM R..HUHU..

CHRISTIAN TERRORIST?? NEVER ..

92 maut serangan berkembar Norway


SEORANG mangsa diangkat oleh pegawai keselamatan untuk diberi rawatan.


OSLO - Sekurangnya-kurangnya 92 mangsa maut dalam serangan bom dan tembakan rambang yang dilakukan oleh seorang lelaki warga Norway berusia 32 tahun. Disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat sejak pengeboman di Madrid, Sepanyol pada tahun 2004, suspek yang menyamar dengan memakai pakaian anggota polis telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan remaja yang menghadiri perhimpunan politik musim panas di pulau Utoeya.

ASAP tebal jelas kelihatan pada sebuah bangunan kerajaan yang rosak teruk.


Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg. "Tidak pernah berlaku sejak Perang Dunia Kedua, Norway dikejutkan dengan jenayah pada skala sebesar ini," kata Stoltenberg. Suspek dikatakan memanggil remaja-remaja itu untuk berkumpul sebelum menembak mereka menggunakan pistol dan rifel. Dalam usaha menyelamatkan diri, mereka terjun ke dalam laut, bersembunyi di hutan dan mencari perlindungan di dalam bangunan berhampiran.
Media Norway menamakan suspek sebagai Anders Behring Breivik (gambar), tetapi pihak polis enggan mengesahkan maklumat tersebut. Polis juga menyatakan kebimbangan angka mangsa yang maut mungkin meningkat.
Menurut saluran televisyen TV2, suspek mempunyai hubungan dengan kumpulan ekstremis berhaluan kanan dan memiliki dua senjata api yang didaftarkan atas namanya. Suspek turut menulis komen anti-Islam di Internet. Namun, Komisioner Polis, Sveinung Sponheim memberitahu adalah terlalu awal untuk menyatakan itu adalah motif di sebalik tindakannya.

SEBUAH bot melintasi beberapa mayat yang diletakkan di atas tebing di pulau Utoeya, Norway.


Media lain melaporkan bahawa suspek menyifatkan dirinya dalam laman Facebook sebagai seorang konservatif, beragama Kristian, suka berburu dan permainan video seperti World of Warcraft serta Modern Warfare 2.
Dua jam sebelum itu, polis telah mengesahkan bahawa tujuh orang terbunuh, manakala sembilan lagi cedera parah apabila sebutir bom meletup di tengah bandar Oslo yang berhampiran dengan pejabat perdana menteri dan beberapa buah bangunan kerajaan. Suspek sama didakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut. - AFP

Sultan cemar duli kutip sampah


SULTAN Muhammad turun padang membersihkan kawasan Pantai Tujoh, Tumpat sempena Majlis Gotong-Royong dan Ramah Mesra semalam





TUMPAT - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihan persekitaran. Baginda yang kelihatan selesa mengenakan baju T, berseluar trek dan topi tanpa segan silu bersama-sama dengan 1,000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama dua jam di Pantai Sri Tujoh di sini.


sultan kelantan yg hensem =p
Majlis tersebut yang bermula pukul 10.30 pagi diadakan di situ kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong. "Beta dapati masjid tidak dibersihkan, tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman,'' titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir. Program itu adalah yang pertama seumpamanya melibatkan pihak istana dengan matlamat untuk merapatkan hubungan antara institusi diraja dengan rakyat.

SAYA RESPECT SAMA AWAK,SEMOGA ALLAH SELAMATKAN KAMU

DAULAT TUANKU!!!

tren terpantas didunia

Laju macam peluru




CHINA sememangnya menggemari pencapaian yang luar biasa. Pada 30 Jun lalu, ia melancarkan dua pencapaian meganya secara serentak. Pertama, jambatan laut terpanjang di dunia dibuka di Qingdao iaitu Jambatan Teluk Jiaozhou. Jambatan itu dianggap satu lagi keajaiban Negara Tembok Besar itu
Namun, projek kedua lebih mengagumkan. Rangkaian rel kereta api laju Beijing-Shanghai dibuka pada hari yang sama. Beribu-ribu orang membanjiri Stesen Kereta Api Selatan di Beijing dengan tiket di tangan.
"Saya sangat teruja," kata Tina Cheng, seorang eksekutif pemasaran teknologi maklumat yang membayar 550 yuan (RM260) untuk tiket kelas kedua kereta api ekspres itu yang turut dikenali sebagai bullet train.
Tiket kelas VIP pula dijual pada harga AS$270 (RM837) sehala.



Perkhidmatan itu melalui tiga majlis perbandaran dan empat wilayah pada kelajuan 330 kilometer sejam (km/j).
Perjalanan dari Shanghai ke Beijing sejauh 1,318 kilometer tidak sampai lima jam. "Ia detik yang membanggakan rakyat China," kata Tina seperti dipetik NBC News.
Landasan kereta api baru itu dibina dalam masa 39 bulan, iaitu hampir setahun lebih awal daripada yang dijadualkan.
Jurutera dan pegawai kereta api telah menguji laluan itu sekurang-kurangnya sebulan sebelum pembukaannya iaitu sehari sebelum Parti Komunis China menyambut ulang tahun ke-90 penubuhannya, 1 Julai lalu.
Kerajaan China telah menjemput hampir 300 kru media dari seluruh dunia bagi menyaksikan 'pertunjukan' itu.
Seratus tahun silam, perjalanan dari Beijing ke Shanghai bukan sahaja berbahaya bahkan memerlukan masa sehingga tiga minggu. Kereta api biasa mengambil masa 10 jam tetapi tren laju hanya empat jam 48 minit.
Sebagai perbandingan, jika anda menaiki kereta api ekspres dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam, ia mengambil masa selama 10 jam untuk sampai.
Pihak berkuasa kereta api berkata, tren laju itu akan mempunyai 180 perjalanan ulang-alik sehari dan boleh membawa 80 juta penumpang setahun.
Teknologi

CHINA memiliki rangkaian tren laju paling komprehensif dan terbesar di dunia.


Dari segi teknikal, ia boleh bergerak selaju 486km/j namun atas faktor keselamatan, kerajaan China menetapkan 300km/j sebagai had purata kelajuan.
Perjalanannya sangat lancar dan pantas. Tetapi apa yang lebih penting, projek itu dibuat sepenuhnya oleh China.
"Teknologi yang kami ada sangat maju," kata Ketua Pereka di Kenderaan Rel CNR Changchun yang menjayakan projek itu, Yang Hong.
"Kami menyerap teknologi import bagi mencipta dan membangunkan produk kami sendiri," tambah beliau.
Para jurutera China mengakui tren laju terbaharu itu telah menyerap banyak idea dari Jerman, Perancis dan Jepun sebelum menukarnya menjadi produk yang lebih baik.
Petugas media turut dibawa melawat kilang CNR yang terletak di Wilayah Jilin. Kilang itu kelihatan seperti sebuah hangar angkasa dengan ramai pekerja Barat memakai baju T Siemens.
Syarikat kejuruteraan gergasi Jerman itu dan Alstom, sebuah konglomerat dari Perancis yang pakar dalam bidang pengangkutan dan sistem janakuasa - telah bekerja untuk CNR selama beberapa tahun dengan membina sistem tren laju itu.
"Kedua-dua tren dan rel dari Alstom dan Siemens ini merupakan teknologi termaju di dunia.
"Berdasarkan platform itu, kami membangunkan kereta api kami sebelum ini, CRH380B yang berkelajuan 380km/j. Kami adalah pemilik penuh hak cipta intelek tren itu," kata Yang.
Dengan memiliki jaringan tren laju terbesar di dunia, China sekurang-kurangnya berjaya menunjukkan yang ia lebih bagus dalam bidang itu berbanding negara pesaing ekonominya yang lain khususnya Amerika Syarikat (AS).
Kelajuan
TREN CRH380C adalah hasil gabungan teknologi Perancis, Jerman dan Jepun.


Sementara banyak bandar di dunia memiliki sistem rel dan kereta api bawah tanah canggih, sebaliknya rakyat AS lebih gemar bergerak menaiki kereta dan kapal terbang.
Hanya baru-baru ini kerajaan Presiden Obama memperuntukkan AS$8 bilion (RM25 bilion) untuk membina jaringan tren laju pertama di AS. Tren terlaju di negara itu pada hari ini ialah Acela Express, berkelajuan 241km/j, yang beroperasi di antara Boston dan Washington.
Perancis, Jepun dan China memang sudah lama terkenal dengan teknologi tren laju. Secara purata tren laju di seluruh dunia beroperasi pada kelajuan 275km/j. Tren konvensional paling laju setakat ini ialah TGV milik Perancis dengan rekod kelajuan 574km/j.
Jepun pula memiliki Shinkansen yang bergerak di atas landasan konvensional. Pada tahun 1996, ujian ke atas Shinkansen berupaya mencecah kelajuan 443km/j. Banyak negara menjadikan Shinkansen sebagai model sistem tren laju mereka.
Pada tahun 2007, jurutera Perancis membuktikan bukan kereta api maglev sahaja yang boleh terapung di landasan. TGV Est V150 rekaan syarikat Alstom, bergerak pada kelajuan 574km/j.
Bagaimanapun, rekod kereta api paling laju di dunia masih dipegang kereta api yang menggunakan teknologi maglev iaitu kusyen udara terapung magnetik.
Tren yang dimaksudkan itu dinamakan MLX01 dan merupakan projek Maglev Chuo Shinkansen Line di Jepun.
Pada tahun 2003, di landasan Yamanashi sepanjang 42 kilometer, kereta api itu stabil pada kelajuan ideal 500 km/j walaupun ia diuji berjaya mencapai 581km/j. Kelajuan ideal bagi kebanyakan tren laju yang membawa penumpang pada hari ini ialah 300km/j sahaja.

PENUMPANG dilayan seperti di dalam kapal terbang.


Tren maglev dipercayai akan menggantikan Shinkansen menjelang tahun 2025 namun kos pembinaannya sangat tinggi, dianggarkan AS$44 bilion (RM136 bilion).
Buat masa ini, tren laju terkini China, CRH380C, merupakan kereta api paling laju yang sedang beroperasi.
Syarikat pembuat model jenis itu berkata, geseran yang dihasilkan kurang 12 peratus daripada model CRH380B.
Model kereta api baharu itu dijangka digunakan China untuk membina projek kereta api di luar negara khususnya di Asia Barat dan AS.
Syarikat-syarikat China kini telah membina teknologi rel di Turki, Iran, Venezuela dan berharap dapat menembusi Britain dan Amerika Syarikat.
"Kami ada hak untuk mengeksport teknologi kami," kata Yang.
Menjelang tahun 2013, China dijangka memiliki rangkaian kereta api laju paling komprehensif di dunia dengan 800 buah tren. Ia juga merupakan sebahagian daripada projek Laluan Sutera yang akan menghubungkan Shanghai dan Singapura dengan melalui Rangoon di Myanmar atau Kunming di Wilayah Yunnan ke New Delhi, Lahore dan Tehran.

Saturday, 23 July 2011

remaja banyak terlibat dengan jenayah,bahaya ooooo

“Mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari tempoh Januari hingga bulan lalu, seramai 741 pelajar dan 1,420 bukan pelajar berusia di bawah 18 tahun terbabit dengan pelbagai aktiviti jenayah. 

“Selain itu, seramai 1,164 pelajar dan 1,877 bukan pelajar sudah ditangkap kerana terbabit dalam pelbagai aktiviti jenayah dalam tempoh sama. Keganasan di sekolah seperti buli, ‘gangsterisme’ dan pergaduhan sering dikaitkan dengan unsur negatif yang dipaparkan di dalam filem,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 

Sebelum ini, kajian MCPF bertajuk ‘Delinkuensi Juvana’ pada 2002 mendapati program televisyen mempunyai pengaruh besar terhadap remaja dan menunjukkan mereka mudah dipengaruhi media massa. 

Di samping itu, hampir dua kali ganda sampel remaja memberitahu mereka terpengaruh dengan tingkah laku dan watak pelakon yang ditonton di televisyen dalam aspek perhubungan dan sikap dalam kehidupan. 
Sehubungan itu, Lee mencadangkan filem bakal diterbitkan di negara ini perlu memberi perhatian khusus kepada unsur positif yang boleh mendidik remaja supaya menghayati kehidupan mereka. 

Lelaki kacak lebih perkasa

PENNSYLVANIA: Kajian ahli antropologi dan psikologi merumuskan bahawa wanita yang mempunyai teman lelaki kacak lebih ‘cepat’ dan ‘kerap mencapai kepuasan ketika berasmara.’ 

Penyelidik juga merumuskan bahawa faktor mencapai kepuasan itu ada kena mengena dengan kemahuan melahirkan zuriat lebih bermutu kerana ada bukti menunjukkan wanita mahu berasmara untuk hamil.
Kajian terbabit dijalankan di Universiti Pennsylvania State memfokuskan kepada kehidupan seksual 110 pasangan heteroseksual, yang melaporkan siapa yang mencapai kepuasan dan kekerapannya.
Responden lelaki diukur berdasarkan wajah maskulin, pandangan orang lain mengenainya, penampilan maskulin yang berasaskan pendapat pasangan dan siapa yang lebih agresif di tempat tidur. Responden lelaki juga diminta mengukur sejauh mana tarikan mereka kepada wanita. 

Wanita yang menganggap pasangan mereka sebagai maskulin dan dominan dilaporkan lebih kerap dan lebih awal mencapai kepuasan berbanding pasangan yang kurang kacak. 

Wanita yang pasangan mereka menarik juga lebih mencapai kepuasan lebih kerap ketika atau selepas ejakulasi lelaki. 

Kekerapan wanita mencapai kepuasan seks disebabkan masturbasi pula tidak disebabkan rupa paras pasangan mereka. 
“Oleh itu, kehamilan dikaitkan dengan orgasm wanita mungkin efektif atau mungkin apabila persetubuhan berlaku dengan lelaki maskulin,” kata penulis dalam kajian yang disiarkan jurnal Evolution and Human Behaviour